Tuesday, 29 September 2015

Obses

Obses merupakan sesuatu yang mengganggu, sentiasa dalam fikiran, menggoda, mengharu, memusatkan perhatian. Obses Terhadap Game. Tahun ni saja ada keluar paper pasal suami isteri bercerai disebabkan game COC.





Game (permainan video) dianggap sebagai hobi "yang paling berbahaya" bagi lelaki kerana mereka mengutamakannya lebih daripada perkahwinan. Di Jepun, para Otaku sering menganggap watak perempuan dalam anime 2D atau permainan video sebagai isteri atau "waifu" yang jauh lebih penting daripada wanita sebenar, menyebabkan sebahagian besar orang Jepun memandang rendah terhadap hobi ini.

Di Malaysia, para lelaki gemar bermain game dan main Internet berbanding yang tengok anime, baca manga mengidolakan artis. Dan tak dinafikan, ramai perempuan tak faham hobi orang lelaki seperti ini. Ada juga orang perempuan yang ada hobi seperti lelaki ini namun tak ramai.

Dan oleh kerana kaum wanita tidak memahamilah maka berlaku perselisihan dalam hubungan. Ramai perempuan tidak faham yang game online tidak boleh dihentikan atau pause tengah jalan, tidak faham yang kena jumpa save point baru boleh save game, tidak faham kenapa anime tu ganas sangat, menganggap anime Jepun itu kartun untuk kanak-kanak sahaja. Tapi kalau dapat pasangan wanita yang memahami hobi dan minat kita tu baguslah, kalau dapat yang sama minat tu satu bonuslah.




Oleh itu benarlah anime dan game itu hobi yang bahaya bagi lelaki kerana jika mereka terlalu obses dan tidak pandai mengawal, maka mereka cenderung untuk mengabaikan tanggungjawab dan perhatian mereka kepada isteri kerana hobi ini memang dan terlalu melekakan. Bagi yang sudah atau nak berumahtangga, kena sama ada tinggalkan terus hobi ni kalau isteri memang tidak memahami dan tidak berjaya memahamkan isteri, atau kena pandai kawal dan bahagikan masa kalau isteri tidak berapa nak kisah.


Tapi game ini bukan sahaja bahaya untuk kaum lelaki, tapi juga bagi wanita yang sudah berumah tangga.

Saturday, 26 September 2015

Review Buku Di Sebalik Serban, Karya Melati Rahim


DI SEBALIK SERBAN, Melati Rahim. Terbitan Merpati Jingga.
(Tajuk Asal : PELACUR KELAS PERTAMA)


Kisah Di Balik Serban adalah kisah yang ditulis berdasarkan kisah benar. Shuhada merupakan seorang anak, isteri dan perempuan yang menjadi mangsa dalam setiap keadaan. Setiap mimpi indahnya bertukar gelap dan tidak bercahaya selepas dia dirogol oleh bakal suaminya iaitu Alias.
Alias merupakan seorang ustaz lulusan Mesir menjadi pilihan ibu bapa Shuhada manakala Azam bekas tunangnya graduan dari Universiti tempatan, pertunangannya bersama Azam terpaksa dibatalkan selepas kehadiran Alias.
Kehidupan Shuhada penuh dengan kesakitan dan kesengsaraan, setelah beberapa kali keguguran Shuhada akhirnya dinasihatkan untuk tidak lagi mengandung. Kesakitan Shuhada bertambah apabila Azam meninggal dunia akibat kemalangan, sejak hari itu Shuhada sering berada di dalam alamnya sendiri bersama Azam.
“Hari perkahwinanku adalah permulaan hidupku sebagai Hamba buat suami sendiri. Ya, mungkin aku patut digelar pelacur. Pelacur kelas pertama.”
“Jika mimpi itu satu kebahagiaan, apa perlu kau bangunkan aku dari lamunan?”
“Aku mencari tuhan pada setiap penjuru ruang dan alam, namun aku gagal. Apakah tuhan sudah pekak dan bisu sehingga tidak lagi mahu mendengar rintihanku? Atau sebenarnya tuhan sudah mati? ” - SINOPSIS

Mengisahkan tentang Shuhada yang terpaksa memutuskan tali pertunangan dengan kekasih yang dicintainya, Azam dan dipaksa dan terpaksa berkahwin dengan Ustaz Alias, graduan Mesir yang kini merupakan penceramah bebas yang makin popular. Namun perkahwinan ini tak seindah seperti yang dimomokkan dalam novel-novel cinta.

Shuhada telah dirogol dengan kejam oleh Alias sebelum perkahwinan mereka dan penderitaan itu berlarutan sehingga ke alam perkahwinan. Derita itu bertambah apabila Shuhada keguguran disebabkan oleh Alias. Dengan berita kematian Azam, keadaan ini membuatkan Shuhada tersepit dan kemurungan sehingga menyalahkan Tuhan atas segala yang berlaku pada dirinya.

Kalau nak tahu apa yang terjadi pada Shuhada, mohon cari dan baca buku ni.

Pada pendapat aku, buku ni memang psiko sangat. Buku ni juga menceritakan tentang sisi lain kehidupan rumah tangga. kadang-kadang apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang berlaku sebenarnya. cerita ni pun memang cerita benar, nak tak nak kau memang kena percaya yang benda-benda macam ni memang betul-betul wujud dalam dunia ni. bukan sekadar rekkan semata-mata nak psikokan fikiran masyarakat.

Buku ni juga mungkin akan buatkan kau rasa tak selesa sebab cara Ustaz Alias ni layan bini dia memang buat kau rasa marah dengan kaum lelaki. Jalan cerita dia pun straight to the point, penulisannya tak banyak berkias so memang senang lah nak hayati cerita ni. Plot dia sedikit berterabur aku rasa sebab penulis ada selit cerita pasal dua wanita lain yang mempunyai nasib yang lebih kurang sama dengan Shuhada. Tapi keseluruhan cerita masih boleh difahami.

Lepas aku baca buku ni, aku rasa takut nak kahwin hahahahahahah. Nasihat aku buat wanita-wanita di luar sana, yang belum kahwin, kalau pasangan kau jenis layan kau macam hamba ke, pelacur ke, baik kau lupakan je. Yang dah kahwin, kalau suami kau layan kau macam Alias layan Shuhada, silalah report kat pejabat agama mintak fasakh dan report polis. Hidup untuk dinikmati, bukan diratapi.

Sekian.

http://www.roketkini.com/2014/09/22/pelacur-kelas-pertama-buku-bertinta-air-mata/

22231600