DI SEBALIK SERBAN, Melati Rahim. Terbitan Merpati Jingga.
(Tajuk Asal : PELACUR KELAS PERTAMA)
Kisah Di Balik Serban adalah kisah yang ditulis berdasarkan kisah benar. Shuhada merupakan seorang anak, isteri dan perempuan yang menjadi mangsa dalam setiap keadaan. Setiap mimpi indahnya bertukar gelap dan tidak bercahaya selepas dia dirogol oleh bakal suaminya iaitu Alias.
Alias merupakan seorang ustaz lulusan Mesir menjadi pilihan ibu bapa Shuhada manakala Azam bekas tunangnya graduan dari Universiti tempatan, pertunangannya bersama Azam terpaksa dibatalkan selepas kehadiran Alias.
Kehidupan Shuhada penuh dengan kesakitan dan kesengsaraan, setelah beberapa kali keguguran Shuhada akhirnya dinasihatkan untuk tidak lagi mengandung. Kesakitan Shuhada bertambah apabila Azam meninggal dunia akibat kemalangan, sejak hari itu Shuhada sering berada di dalam alamnya sendiri bersama Azam.
“Hari perkahwinanku adalah permulaan hidupku sebagai Hamba buat suami sendiri. Ya, mungkin aku patut digelar pelacur. Pelacur kelas pertama.”
“Jika mimpi itu satu kebahagiaan, apa perlu kau bangunkan aku dari lamunan?”
“Aku mencari tuhan pada setiap penjuru ruang dan alam, namun aku gagal. Apakah tuhan sudah pekak dan bisu sehingga tidak lagi mahu mendengar rintihanku? Atau sebenarnya tuhan sudah mati? ” - SINOPSIS
Mengisahkan tentang Shuhada yang terpaksa memutuskan tali pertunangan dengan kekasih yang dicintainya, Azam dan dipaksa dan terpaksa berkahwin dengan Ustaz Alias, graduan Mesir yang kini merupakan penceramah bebas yang makin popular. Namun perkahwinan ini tak seindah seperti yang dimomokkan dalam novel-novel cinta.
Shuhada telah dirogol dengan kejam oleh Alias sebelum perkahwinan mereka dan penderitaan itu berlarutan sehingga ke alam perkahwinan. Derita itu bertambah apabila Shuhada keguguran disebabkan oleh Alias. Dengan berita kematian Azam, keadaan ini membuatkan Shuhada tersepit dan kemurungan sehingga menyalahkan Tuhan atas segala yang berlaku pada dirinya.
Kalau nak tahu apa yang terjadi pada Shuhada, mohon cari dan baca buku ni.
Pada pendapat aku, buku ni memang psiko sangat. Buku ni juga menceritakan tentang sisi lain kehidupan rumah tangga. kadang-kadang apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang berlaku sebenarnya. cerita ni pun memang cerita benar, nak tak nak kau memang kena percaya yang benda-benda macam ni memang betul-betul wujud dalam dunia ni. bukan sekadar rekkan semata-mata nak psikokan fikiran masyarakat.
Buku ni juga mungkin akan buatkan kau rasa tak selesa sebab cara Ustaz Alias ni layan bini dia memang buat kau rasa marah dengan kaum lelaki. Jalan cerita dia pun straight to the point, penulisannya tak banyak berkias so memang senang lah nak hayati cerita ni. Plot dia sedikit berterabur aku rasa sebab penulis ada selit cerita pasal dua wanita lain yang mempunyai nasib yang lebih kurang sama dengan Shuhada. Tapi keseluruhan cerita masih boleh difahami.
Lepas aku baca buku ni, aku rasa takut nak kahwin hahahahahahah. Nasihat aku buat wanita-wanita di luar sana, yang belum kahwin, kalau pasangan kau jenis layan kau macam hamba ke, pelacur ke, baik kau lupakan je. Yang dah kahwin, kalau suami kau layan kau macam Alias layan Shuhada, silalah report kat pejabat agama mintak fasakh dan report polis. Hidup untuk dinikmati, bukan diratapi.
Sekian.
http://www.roketkini.com/2014/09/22/pelacur-kelas-pertama-buku-bertinta-air-mata/

No comments:
Post a Comment