Hari itu hari Selasa. Dan ia
merupakan hari pertama aku menyertai kuliah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Kelas pertama merupakan kelas Aplikasi Komputer. Bergegas aku berjalan mencari
bilik seminar di aras 4. Terpinga-pinga juga aku kerana tidak mahir dengan
susun atur bilik-bilik di situ. Masuk dalam bilik seminar, terdapat beberapa
pelajar sudah ada di situ. Muka-muka baru. Kebetulan rakan satu kuliah dengan
aku turut berada di situ. Aku berasa gembira, sekurang-kurangnya ada jugak muka
yang aku kenal. Aku berbual-bual dengan gadis yang duduk di sebelah aku. Namanya
Iffah. Kami berbual biasa bertanyakan nama, asal, belajar di mana sebelum ini –
dan pelbagai soalan klise untuk orang yang pertama kali kau berbual.
Jam menghampiri pukul 8 pagi.
Masuk seorang lelaki dah duduk di kerusi belakang sekali. Aku tertanya-tanya, adakah
itu pensyarah yang akan mengajar kami subjek ini? Beliau hanya memerhatikan
gelagat kami sebelum pergi ke depan dan bercakap dengan kami. Beliau
memperkenalkan dirinya sebagai Sir Azzwan, antara pensyarah muda di fakulti
ini. Beliau juga menyatakan rasa pelik kenapa kami ditempatkan di bilik seminar
– seperti yang tertera di dalam jadual – sedangkan kami sepatutnya belajar di
makmal komputer. Nama subjek pun Aplikasi Komputer – wajarlah kami belajar di
Makmal Komputer. Kami beralih ke Makmal Komputer 3, yang terletak berdekatan
dengan bilik seminar yang kami duduki sebentar tadi. Kebetulan makmal komputer
itu kosong, maka kami akan belajar di situ sahaja sepanjang semester ini.
Tiada apa-apa yang menarik –
pengalaman manis atau pahit yang berlaku pada hari itu. Cuma Sir Azzwan
menerangkan situasi yang kau akan hadapi ketika kau berada di dalam kelasnya –
tough. Beliau juga memesan sekiranya tidak suka akan caranya, dia meminta kami
menukar ke set lain – belajar dengan pensyarah lain. Bagi aku, aku suka sahaja
dengan caranya. Apabila beliau bersikap begitu, aku akan berdisiplin dalam
kelasnya dan membuat tugasan-tugasan yang dimintanya dan menghantar pada masa
yang dikendaki. Beliau juga suka bergurau, membuat lawak dan 'bash' student dalam kelas. Bukan 'bash' yang teruk-teruk, hanya 'bash' yang kelakar untuk kurangkan stress belajar.
Alhamdulillah. Kuliah pertama di fakulti aku berjalan dengan baik.
Alhamdulillah. Kuliah pertama di fakulti aku berjalan dengan baik.
No comments:
Post a Comment