Minggu
ini merupakan minggu akhir kuliah. Minggu depan Minggu Belajar (Study Week) dan
minggu satu lagi mulalah peperiksaan akhir semester. Jujur aku kata, aku tidak
bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Aku masih tidak membuat apa-apa
persediaan. Aku rasa masa belajar satu semester di universiti sangat sekejap.
Pejam celik pejam celik dah nak final. Awal bulan September masuk daftar di
universiti, hujung Disember sudah final exam. Lebih kurang 4 bulan sahaja
belajar di sini. Exam 2 ke 3 minggu kemudian cuti semester selama sebulan.
Untuk
study week, aku masih berkira-kira untuk pulang ke rumah ataupun tidak. Kebanyakkan
rakan blok satu aras dengan aku akan pulang ke rumah semasa study week. Kata mereka
di rumah senang, ada ibu bapa yang akan mengingatkan mereka untuk belajar. Kalau
stress pun senang, boleh keluar jalan-jalan. Makan minum pun senang. Ya, memang
semua tu betul. Masalah aku, aku tiada tempat belajar di rumah. Meja belajar
yang aku gunakan ketika SPM sudah dialihkan ke tempat lain. Selain itu, rumah
aku bising dengan telatah adik-adik aku dan sepupu-sepupu aku yang sebaya
dengan mereka (adik-adik aku). Kebetulan rumah pak sedara aku berada di hadapan
rumah aku sahaja maka anak-anaknya suka bermain di rumah aku. Aku tidak rasa
aku selesa belajar dalam situasi seperti itu. Nak tinggal di blok, ramai pulak
rakan blok yang pulang ke rumah. Hmm perlu ke tidak aku balik ke rumah semasa
study week?
No comments:
Post a Comment