Tuesday, 27 October 2015

Sesal

Sesal. Atau biasanya orang sebut menyesal. Masa Sir Azzwan bagi tema ni, kami satu kelas baru selesai menjawab Amali Makmal 1 (Lab Test 1). Memang agak sesuai tema ini dengan keadaan kami masa tu – menyesal tak focus dalam kelas, menyesal tak dengar apa sir cakap, menyesal tak salin nota, menyesal tak salin nota kema-kemas HAHAHAHAHAHAHA!

Masa belajar dalam kelas dengan Sir Azzwan tentang Microsoft Word dan Excel, jujurnya aku memang tak sempat nak salin nota. Biasanya, sir memang tunjuk contoh guna komputer dengan kadar kelajuan yang memang dia biasa buat – laju. Jadi aku memang kena focus apa yang dia ajar kat depan, kalau aku tak focus, memang aku akan missed point-point penting dan kena tanya sir balik semasa kami mempraktiskan apa yang sir ajar.

Nota? Aku memang tak buat nota untuk subjek ini. Selalunya aku akan buat assignment yang diberi, sambil itu aku praktis banyak kali apa yag sir ajar semasa buat assignment. Lagipun, aku boleh dikategorikan sebagai pelajar malas, tapi berangan-angan untuk mendapat result yang cemerlang – Nota ringkas, sticky notes, buat nota warna warni – memang aku tak pernah buat.


Masa Lab Test 1, aku tawakkal je jawab soalan, sebab aku tak study pun malam sebelum test tu. Pemalas kan? Tapi nasib baiklah aku boleh jawab semua soalan yang diberi. Betul ke salah aku tak tahu. Keluar result nanti, baru kau tahu erti penyesalan Alin. Good luck dearself.

Monday, 26 October 2015

Review Buku 7 Tahun 7 Hari, karya Diana Nuzuin






7 TAHUN 7 HARI, Diana Nuzuin. Terbitan Rabaklit.

'7 Tahun 7 Hari' menjerut kerongkong menyesakkan nafas menahan kebenaran terkandung-- suara Diana Nuzuin seolah berbicara terus ke telinga menyentap jiwa merobek hati. 

Anekdot-anekdot yang dipenuhi cinta dan keajaibannya. - SINOPSIS



Buku 7 Tahun 7 Hari tulisan Diana  Nuzuin atau Awin, merupakan sebuah catatan kehidupan yang sangat jujur dan sangat inspirising. Kisah jatuh bangun hidupnya sebagainya seorang gadis, atau beliau lebih gemar menggelarkan diri beliau sebagai 'Gadis Jahat'.




Pada pendapat aku, kisah hidupnya ibarat cinderella - bukanlah kematian ibu kemudian dapat ibu tiri serta kakak tiri - pakai kasut kaca ketika menari dengan putera raja - BUKAN! Tetapi, kisah hidupnya yang susah, yang tiada arah - gelandangan, tetapi mempunyai cita-cita yang tinggi. Aku suka akan wataknya yang satu ini - walaupun susah, beliau tetap mementingkan ilmu. Kemudian perjalanan Nuzuin dalam mengenal dan mendalami ilmu agama. Kisah bagaimana sisi gelap hidupnya dan bagaimanakah beliau keluar dari kegelapan itu. Melalui kisah ini juga, kau akan percaya wujudnya kisah cinta yang pengahkirannya 'happily ever after'.



Kini, Nuzuin sudah berkahwin dengan Ame - wataknya turut berada dalam buku ini - dan  mempunyai seorang putera kecil - Malique Ali. Aku mengikuti perkembangan Nuzuin di laman Instagram beliau - sejak aku baca buku ini. Sambil baca buku aku akan scroll profile instagram beliau untuk mendapatkan imiginasi yang tepat tentang karya beliau.





Ada beberapa quotes yang aku suka dalam buku ni, 


- "Life is a bitch, so are us." - Nuzuin

- "Don't live your life alone. Let us in." - Abdullah
dan banyak lagilah. Berbaloi baca buku ni.

Sekian.



Wednesday, 14 October 2015

Beban

Beban. Kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku sebagai pelajar - yang mana ada beban yang telah aku lalui sebagai pelajar.

Aku merupakan calon SPM 2013. Aku mengambil subjek pure science - Biologi, Fizik, Kimia, Addmath. Masa aku tingkatan 4, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menukarkan pembelajaran sains dan matematik daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Pada aku, ini sangat membebankan. Bayangkan, semasa berada si sekolah rendah, Tahun 1, batch aku merupakan batch pertama yang mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Agak sukar ketika itu - masa darjah satu Bahasa Inggeris aku confirmlah tidak mantap. Bila aku rujuk kakak aku yang ketika itu darjah 3 - untuk bertanyakan penyelesaian soalan latihan matematik atau sains, kakak aku juga terpinga-pinga kerana dia mempelajari mata pelajaran ini dalam Bahasa Melayu.

Makin lama aku semakin hadam dengan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Tiba-tiba semasa berada di Tingkatan 4, semuanya bertukar kepada Bahasa Melayu kembali. Lawak apakah? Sedangkan kau tahu nanti apabila kau belajar di universiti, semua buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Aku belajar di sekolah menengah harian biasa. Segala buku teks, telah ditukarkan dalam bahasa Melayu. Banyak term-term sains dan matematik, bila disebut dalam bahasa Melayu bunyinya agak pelik - bagi aku lawak.

Setelah 3 bulan, aku dapat tawaran untuk masuk ke sekolah kluster - yang mana rankingnya tentu sahaja lebih bagus daripada sekolah harian. Di sana, aku dikejutkan dengan budaya dan cara yang sangat berbeza dengan sekolah harian aku yang sebelum ini. Di sana, hampir 50% pelajarnya merupakan pelajar berbangsa Cina, yang rata-ratanya anak orang kaya. Nama pun sekolah cluster kan, jadi pembelajaran matematik dan sainsnya tentu sahaja masih dalam Bahasa Inggeris. Jadi aku agak selesa di situ. Semasa berada di sekolah itu, aku tidak ditawarkan kelas sains tulen, tetapi aku kena mengambil subjek sains sukan – Biologi, Kimia, Addmath dan Sains Sukan. Tiada Fizik. Aku tidak memilih, aku masuk sahaja dalam kelas itu. Lagipun, semasa baru masuk tingkatan 4, cikgu yang menentukan aku berada di kelas yang mana. Aku sememangnya tidak ada membuat sebarang research mengenai subjek-subjek yang perlu aku fokus untuk kerjaya akan datang pada ketika itu kerana aku tiada cita-cita untuk bekerja sebagai apa. Jadi aku menurut sahaja.

Di sekolah cluster itu, aku menginap di asrama yang disediakan kerana jarak rumah aku dan sekolah itu agak jauh. Kehidupan di asrama agak memenatkan kerana kau harus ikut semua jadual harian yang telah disediakan. Tambahan pula, aku menyertai program Akademi Menara Gading (AMG) – kelas tambahan disediakan setiap Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingglah 5 petang, maka jadual harian aku sangatlah pack – aku perlu menghadiri kelas 7 hari seminggu!

Selepas mid-year exam, aku memutuskan bahawa aku tidak sesuai berada di kelas Sains Sukan. Kau bayangkan, aku fail subjek sains sukan. Yang lagi teruknya, markah sains sukan aku lagi rendah daripada markah addmath (fail jugak hahahah) yang memang terkenal dengan subjek yang paling susah. Bagi aku subjek sains sukan agak membebankan aku. Aku berjumpa dengan pengetua sekolah itu, minta untuk ditukarkan ke kelas sains tulen, tapi katanya ketiga-tiga kelas sains tulen yang ada sudah penuh dengan pelajar. Kemudian aku diminta untuk bertemu dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) sekolah. Aku tak suka sebenarnya berjumpa dengan GPK HEM ni sebab dia ni garang. Student di sekolah tu kata dia agak pilih bulu – dia orang cina, jadi dia selalunya baik dengan pelajar cina sahaja, dengan pelajar melayu dia sombong sikit.

Nak tak nak aku jumpa lah dia jugak. Lepas aku bagitahu yang aku berhajat nak tukar kelas, terus dia cakap “Tak boleh, Dah penuh. Kalu u nak jugak, u tukar sekolahlah. Pergi sekolah di tempat lain,” Menyirap je darah aku, aku cakap elok-elok, dia nak tak nak je layan. Dah lah aku penat. Malas nak cakap banyak, aku terus cakap kat dia okay, aku nak tukar sekolah. Petang tu aku bagitahu ibu bapa aku tentang perkara itu – minggu itu merupakan minggu terakhir aku belajar di situ.

Sebelum pindah sekolah, ramai rakan-rakan aku di sekolah itu cakap, “Alin, kenapa pindah? Sekolah ni sekolah kluster kot, tak sayang ke?”, “Alin serius kau nak tukar sekolah? Tak rasa rugi ke?”, “Alin, sayangnya, dapat sekolah bagus, kau keluar,” Aku tak peduli. Aku rasa sangat terbeban jika aku terus belajar di situ. Stress. Penat. Cukup lah empat bulan aku belajar di situ.

Aku berpindah semula ke sekolah lama aku. Rakan-rakan lama di sekolah sangat gembira dengan kehadiran aku, aku pun gembira jugak berjumpa dengan mereka. Guru-guru pula sangat mengalu-alukan kehadiran aku (maklumlah, datangnya dari sekolah kluster, mestilah sekolah harian biasa yang rendah rankingnya menerima kehadiran aku). Di sebabkan di sekolah kluster aku tidak mengambil mata pelajaran Fizik, maka aku harus ‘kejar’ semula subjek itu. Waktu rehat aku terkorban sebab aku perlu berjumpa dengan guru fizik aku untuk belajar semula chapter-chapter yang aku tinggal. Aku tidak rasa itu membebankan, kerana aku mula suka pada mata pelajaran Fizik berbanding yang lain (biologi dan kimia) kerana subjek itu banyak mengira dan aku mudah menghadam apa yang guru aku sampaikan. Dengan program AMG yang aku sertai, ia sangat membantu aku. Tak apalah tak masuk sekolah cluster pun, sekolah harian biasa dan AMG sudah cukup membantu aku. Oh ya, aku belajar sains dan matematik dalam kedua-dua Bahasa ketika ini. Bahasa Melayu pun aku tahu, Bahasa Inggeris pun aku tahu.

Alhamdulillah, aku berjaya meraih gelaran pelajar cemerlang SPM di sekolah itu. Aku bangga dengan pencapaianku dan amat berpuas hati – kerana ushaku standing dengan hasil yang aku dapat. Mata pelajaran Addmath yang dulunya ketika di tingkatan 4 aku selalu gagal, aku mendapat gred A+ ketika SPM, dan matapelajaran Fizik yang pernah aku tinggalkan selama empat bulan, aku mendapat gred A ketika SPM. Syukur Alhamdulillah. Keseluruhan result SPM aku rasanya standing sahaja dengan pelajar sekolah kluster.

Apa yang aku nak sampaikan, tak kiralah kau belajar di manapun, sekolah ranking petama Malaysia mahupun yang paling corot, apa yang penting ilmu yang kau dapat. Belajar di mana-mana pun sama sahaja, asalkan kau berusaha, kau akan dapat apa yang kau inginkan.



Sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal beban, terutamanya beban sebagai pelajar universiti. Tapi rasanya entry kali ni dah sangat panjang. Sir Azzwan kata post kena lebih dari 100 patah perkataan, tapi kali ni aku buat lebih daripada 1000 patah perkataan hahhaahhahahha. Terima kasih lah sir sebab bagi tema best minggu ni.

Review Buku Seyogia, Karya Amal Hamsan

17877594





SEYOGIA, Amal Hamsan. Terbitan Lejen Press.

Pertemuan mereka berdua, Jard dan Laila, tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang sama terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, Azzad, berlainan. Walau permulaannya sama, namun


hujungnya jelas tiada persamaan.

Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita. - SINOPSIS

Seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya. Buku ini bertemakan kekeluargaan - mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Jard/Jazreen. Jard merupakan seorang gadis yang kesunyian. Hubungan kekeluargaan Jard agak teruk. Ayahnya merupakan seorang guru disiplin yang sangat menjaga reputasinya di sekolah, Mak nya pula, bagai tidak layak sahaja dipanggil mak. Hidup Jard sangat kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada mak ayah, tetapi mujur dia ada abang yang sangat rapat dengannya.

Jazman (abang Jard), merupakan seorang yang sangat protective. Dia sangat sayangkan Jard walaupun dia tidak tunjukkan rasa sayang itu secara zahir. Dialah tempat untuk Jard meluahkan segala masalah, tempat Jard bergantung sepanjang berada dalam rumah tu. Selepas satu peristiwa, hubungan mereka mulai retak dan akhirnya abang dia meninggal. (part ni sedih)

Selepas abangnya tiada, Jard semakin memberontak. Dia lari dari rumah. Lari dari masalah. Jard kemudiannya bertemu dengan Laila. Pertemuan ini sedikit sebanyak menyedarkan Jard tentang - kalau kita rasa kehidupan kita ni teruk, ada manusia lain yang lagi teruk perjalanan hidupnya dari kita.

Selepas berpisah dengan Laila, Jard bertemu pula dengan Kak Mas, di mana Kak Mas telah membimbing Jard ke jalan tuhan.

Pada pendapat aku, buku ini bagus - ia membuka mata kita untuk menghargai semua orang di sekeliling kita. Rating dari goodreads pun agak bagus. Rata-rata feedback daripada pembaca - semua megatakan buku ini sedih - menangis-nangis masing-masing membaca buku ni. Pada aku, buku ini agak sedih, tapi tak lah terlalu sedih - mungkin sebab aku ada baca buku lain yang berkisar tentang kehidupan yang lebih mencabar daripada ini. Walaupun aku tak ada abang, tapi still boleh feel perasaan Jard bila abang dia meninggal - ni sedih. "abang tak ada, tapi sebenarnya ada". 

Watak Azzad pulak - kalau dalam dunia sebenar susah kot nak jumpa lelaki macam tu. Oh, aku tak hurai pasal Azzad ye kat atas. Kalau anda nak tahu kenapa aku cakap susah nak jumpa orang macam Azzad kat dunia ni, cari lah buku ni dan baca. Tak rugi pun :p

Akhir sekali, walau apapun dugaan yang kita lalui, seberat manapun ujian yang kau dapat, kau harus kembali pada tuhan, mohon padaNYA, minta bantuan daripadaNYA, bukan dari dari rumah, lari dari masalah.

Sekian.

Tuesday, 13 October 2015

10.10



Tema kali ni, 10.10.

10 Oktober 2015.

10.10 a.m. - Bangun tidur buka social media (instagram) ramai orang post pasal Hari Sukan Negara. Rata- ratanya rakan-rakan yang sama matrik dengan aku dahulu, (yang kini belajar di seluruh pelusuk Malaysia, ahahahah) post gambar mereka di universiti dengan memakai pakaian sukan sambil pose acah-acah nak bersukan lol.




Ni antara member-member satu matrik dulu (hahahhaa sorry lah nadiyah nadiah aku curi gambar) 

Aku rasa pelik jugaklah, sebab uni tempat aku belajar ni tak sambut pun Hari Sukan Negara. Ke aku je yang tak tahu? Tak pasti, sebab takde pun announcement pasal benda-benda ni. Seharian mereput dalam bilik - keseorangan sebab roomate sibuk balik rumah (maklumlah, duduk Klang je pun).

Kalau ada kan bagus, sihat sikit pelajar-pelajar uni ni. Ke tak? Sebab jerebu kan, nak bersukan apa? Senamrobik lah dalam bilik sorang-sorang daripada hirup jerebu tu.

Kesimpulannya, banyak perkara yang menarik yang berlaku pada 10 Oktober, tetapi kehidupan seharian aku pada 10 Oktober tidak lah menarik mana pun,

xoxo
Alin.

Monday, 12 October 2015

Review Buku Kacau, Karya Ariff Adly





20804268

KACAU, Ariff Adly. Terbitan Buku Fixi.



“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!” teriak aku.
“Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku…” Al terhenti. Matanya memandang ke atas. “Oh my god!! Sana!” Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.
“Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!” Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.
Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.
“Hahahahahahahahahahaha!” Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak.
 “Fiq, on three. Kita rentap sama-sama!” cadang aku.
“Okay!”
 “One, two… three!” - SINOPSIS

Novel Kacau merupakan novel gender seram yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Fixi pada tahun 2014. Novel ini juga antara novel yang bestseller di Malaysia. Pada aku, memang patutpun novel ni dapat gelaran bestseller, sebab tahap seram dia tu sampai meremang-remang.

 Kacau mengisahkan tentang 6 orang sahabat yang suka melakukan aktiviti paranormal - mereka suka cari hantu. Nak dijadikan cerita, suatu hari mereka pergi ke sebuah bangunan tinggal di Seremban, kata Fiq, di situ port banyak jin bertendang. Masa dalam bangunan ni, mereka main Spirit of the Coin seperti yang dicadangkan oleh Amat, yang sebenarnya bukan Amat, tapi hantu yang menyamar sebagai Amat. kiranya Amat memang tak involve lah dalam game ni. Seperti biasa, bila bermain janji dengan syaitan ni, ada je putar belit nya. Enam orang sahabat ni telah melanggar janji. Bermula daripada itulah, mereka mula diKACAU sehingga mati (kecuali Amat).

Rata-rata kematian yang digambarkan oleh penulis amat ngeri dan menyeramkan. Rasanya tak perlulah aku describe kat sini. Banyak jugak part seram dan agak disturbing (bagi akulah), contohnya, part Shida menyanyi lagu Ulek Mayang (ada lirik okay) sambil menari-nari, part makan KFC - yang ni bulu roma aku meremang.

Penulisan buku ni agak sempoi, menggunakan bahasa remaja zaman sekarang (iya kot?), banyak carut and so on. Asal terkejut dek hantu je mencarut. Nak marah pun carut. Watak-watak dalam novel ni juga adalah watak remaja yang bebas kehidupannya - tak mempraktikkan agama sangat. Review dari goodreads pun ada yang tanya "kenapa tak panggil ustaz halaukan hantu tu?" Yah. Lifestyle mereka tak ada unsur kemelayuan dan keislaman sangat.

For those yang suka cerita seram, ngeri, misteri dan seangkatan dengannya, you should read this. Tapi make sure kau seorang yang open minded dan berfikiran matang. Remaja bawah umur tak digalakkan untuk membaca buku ni. Takut tak tahu nak ambil yang mana yang baik, yang mana tak.

Pesan aku, pergi mana-mana jangan lupa bawak telefon or at least informlah kat siapa-siapa kau nak pergi mana, Okay hahhahhaahhaha.
Sekian.


Tuesday, 6 October 2015

Mentor

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal mentor. Kat UKM, setiap pelajar mempunyai seorang mentor yang terdiri daripada pensyarah di fakulti masing-masing. Mentor aku, namanya, Prof. Madya Dr. Nor Asiah. Setakat ni, aku belum berjumpa dengan beliau lagi, jadi aku tak boleh nak describe beliau macam mana orangnya, penampilannya.  Ini kerana jadual kuliahku bertindih dengan masa free beliau.

Dengar kata orang, beliau baik orangnya. beliau suka memberi nasihat. Aku harap beliau dapat membimbing aku sepanjang berada di UKM.

Saturday, 3 October 2015

Review Buku Korban Cinta Remaja, Ditulis Oleh Skuad Terfaktab


KORBAN CINTA REMAJA, Skuad Terfaktab. Tebitan Terfaktab Media.

"Aku manusia. Kau manusia. Yang membezakan antara kita ialah sifat dan amalan kita. Aku tak pernah salahkan kekejaman yang kau lakukan. Aku tidak berniat hendak mengungkit, tetapi aku mengalami tekanan perasaan yang teruk atas perbuatan kau selama ini terhadap aku. Jadi, aku cuma harap suatu hari nanti Tuhan beri peringatan atas perbuatan kau selama ini berbuat buruk terhadap aku yang ikhlas mencintai kau sehingga buat aku terkorban.
Kita semua pernah terkorban dalam dunia percintaan remaja." - SINOPSIS

Buku ini merupakan koleksi cerpen yang ditulis oleh Skuad Terfaktab, antaranya Alexia Aqram, The Bent Pencil, Xalleh Razak, Maria Natasha dan beberpa penulis lagi yang telah diterbitkan oleh Terfaktab Media.

Cerpen-cerpen yang diketengahkan dalam buku ini rata-ratanya mengisahkan pasal pengorbanan. Cerpen yang ditulis menggunakan bahasa yang mudah difahami, tetapi penyampaian mesejnya agak mendalam. Atau bahasa mudahnya, ayat-ayat dan penyampaian mesejnya agak 'makan dalam'. Rata-rata remaja pasti pernah melalui zaman percintaan seperti yang deceritakan dalam buku ini. Kau juga akan didedahan dengan sisi gelap dalam dunia percintaan remaja.

Pada pendapat aku, buku ini sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja dan dewasa especially remaja. Dan pada golongan remaja yang belum pernah bercinta atau hendak berjinak-jinak dengan cinta, bacalah buku ini, fahami mesejnya agar kau tak terkorban dalam cinta remaja.



Nota Akhir?

"Sudah banyak kali aku cakap. Jnagan bunuh diri. Sudah banyak kali aku bilang. Jangan membunuh. Kau tu budak lagi. kau nak bercinta bagai nak rak apa pasal? Kau tu belajar lagi.Kau nak bercinta sampai hilang dara dan hilang teruna untuk buktikan apa?

Tapi, jangan ingat kalau kau sudah dewasa dan sudah bekerja kau boleh buat apa saja dan apa semua benda yang bodoh mendatangkan keburukan. Kau pun sama saja. 

Kalau nak semua benda tu sebab cinta, sebab nak tunjukkan semua tu untuk buktikan kau lah yang paling terer. Kau silap. Kau silap percaturan dalam hidup. Untuk pengetahuan kau, cinta itu penciptaan semula. Kalau awal-awal kau sedah mati, siapa yang nak mereka-semual kisah cinta? Kau ingat kami menulis kisah cinta kau? Jangan harap.

Korban itu mati.

Cinta itu filosofi.

Remaja itu kita.

Korban Cinta Remaja bermaksud :

Matinya segala filosifi kita. Tamatnya semua kewarasan kita. Kita semua diambang kemusnahan kerana apa yang kita fikirkan dan harapkan, tidak selalu menjadi kenyataan. Kerana apa? Kerana Tuhan yang terus menentukan...

- Editor "

Sekian.