
SEYOGIA, Amal Hamsan. Terbitan Lejen Press.
Pertemuan mereka berdua, Jard dan Laila, tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang sama terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, Azzad, berlainan. Walau permulaannya sama, namun
hujungnya jelas tiada persamaan.
Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita. - SINOPSIS
Seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya. Buku ini bertemakan kekeluargaan - mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Jard/Jazreen. Jard merupakan seorang gadis yang kesunyian. Hubungan kekeluargaan Jard agak teruk. Ayahnya merupakan seorang guru disiplin yang sangat menjaga reputasinya di sekolah, Mak nya pula, bagai tidak layak sahaja dipanggil mak. Hidup Jard sangat kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada mak ayah, tetapi mujur dia ada abang yang sangat rapat dengannya.
Jazman (abang Jard), merupakan seorang yang sangat protective. Dia sangat sayangkan Jard walaupun dia tidak tunjukkan rasa sayang itu secara zahir. Dialah tempat untuk Jard meluahkan segala masalah, tempat Jard bergantung sepanjang berada dalam rumah tu. Selepas satu peristiwa, hubungan mereka mulai retak dan akhirnya abang dia meninggal. (part ni sedih)
Selepas abangnya tiada, Jard semakin memberontak. Dia lari dari rumah. Lari dari masalah. Jard kemudiannya bertemu dengan Laila. Pertemuan ini sedikit sebanyak menyedarkan Jard tentang - kalau kita rasa kehidupan kita ni teruk, ada manusia lain yang lagi teruk perjalanan hidupnya dari kita.
Selepas berpisah dengan Laila, Jard bertemu pula dengan Kak Mas, di mana Kak Mas telah membimbing Jard ke jalan tuhan.
Pada pendapat aku, buku ini bagus - ia membuka mata kita untuk menghargai semua orang di sekeliling kita. Rating dari goodreads pun agak bagus. Rata-rata feedback daripada pembaca - semua megatakan buku ini sedih - menangis-nangis masing-masing membaca buku ni. Pada aku, buku ini agak sedih, tapi tak lah terlalu sedih - mungkin sebab aku ada baca buku lain yang berkisar tentang kehidupan yang lebih mencabar daripada ini. Walaupun aku tak ada abang, tapi still boleh feel perasaan Jard bila abang dia meninggal - ni sedih. "abang tak ada, tapi sebenarnya ada".
Watak Azzad pulak - kalau dalam dunia sebenar susah kot nak jumpa lelaki macam tu. Oh, aku tak hurai pasal Azzad ye kat atas. Kalau anda nak tahu kenapa aku cakap susah nak jumpa orang macam Azzad kat dunia ni, cari lah buku ni dan baca. Tak rugi pun :p
Akhir sekali, walau apapun dugaan yang kita lalui, seberat manapun ujian yang kau dapat, kau harus kembali pada tuhan, mohon padaNYA, minta bantuan daripadaNYA, bukan dari dari rumah, lari dari masalah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment