Sesal.
Atau biasanya orang sebut menyesal. Masa Sir Azzwan bagi tema ni, kami satu
kelas baru selesai menjawab Amali Makmal 1 (Lab Test 1). Memang
agak sesuai tema ini dengan keadaan kami masa tu – menyesal tak focus dalam
kelas, menyesal tak dengar apa sir cakap, menyesal tak salin nota, menyesal tak
salin nota kema-kemas HAHAHAHAHAHAHA!
Masa
belajar dalam kelas dengan Sir Azzwan tentang Microsoft Word dan Excel,
jujurnya aku memang tak sempat nak salin nota. Biasanya, sir memang tunjuk
contoh guna komputer dengan kadar kelajuan yang memang dia biasa buat – laju. Jadi
aku memang kena focus apa yang dia ajar kat depan, kalau aku tak focus, memang
aku akan missed point-point penting dan kena tanya sir balik semasa kami
mempraktiskan apa yang sir ajar.
Nota?
Aku memang tak buat nota untuk subjek ini. Selalunya aku akan buat assignment
yang diberi, sambil itu aku praktis banyak kali apa yag sir ajar semasa buat
assignment. Lagipun, aku boleh dikategorikan sebagai pelajar malas, tapi
berangan-angan untuk mendapat result yang cemerlang – Nota ringkas, sticky
notes, buat nota warna warni – memang aku tak pernah buat.
Masa
Lab Test 1, aku tawakkal je jawab soalan, sebab aku tak study pun malam sebelum
test tu. Pemalas kan? Tapi nasib baiklah aku boleh jawab semua soalan yang
diberi. Betul ke salah aku tak tahu. Keluar result nanti, baru kau tahu erti
penyesalan Alin. Good luck dearself.
No comments:
Post a Comment