Beban. Kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku sebagai pelajar
- yang mana ada beban yang telah aku lalui sebagai pelajar.
Aku merupakan calon SPM 2013. Aku mengambil subjek pure science -
Biologi, Fizik, Kimia, Addmath. Masa aku tingkatan 4, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menukarkan pembelajaran sains dan matematik daripada Bahasa
Inggeris kepada Bahasa Melayu. Pada aku, ini sangat membebankan. Bayangkan,
semasa berada si sekolah rendah, Tahun 1, batch aku merupakan batch pertama
yang mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Agak sukar ketika
itu - masa darjah satu Bahasa Inggeris aku confirmlah tidak mantap. Bila aku
rujuk kakak aku yang ketika itu darjah 3 - untuk bertanyakan penyelesaian
soalan latihan matematik atau sains, kakak aku juga terpinga-pinga kerana dia
mempelajari mata pelajaran ini dalam Bahasa Melayu.
Makin lama aku semakin hadam dengan pembelajaran dalam Bahasa
Inggeris. Tiba-tiba semasa berada di Tingkatan 4, semuanya bertukar kepada
Bahasa Melayu kembali. Lawak apakah? Sedangkan kau tahu nanti apabila kau
belajar di universiti, semua buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Aku
belajar di sekolah menengah harian biasa. Segala buku teks, telah ditukarkan
dalam bahasa Melayu. Banyak term-term sains dan matematik, bila disebut dalam
bahasa Melayu bunyinya agak pelik - bagi aku lawak.
Setelah 3 bulan, aku dapat tawaran untuk masuk ke sekolah kluster
- yang mana rankingnya tentu sahaja lebih bagus daripada sekolah harian. Di
sana, aku dikejutkan dengan budaya dan cara yang sangat berbeza dengan sekolah
harian aku yang sebelum ini. Di sana, hampir 50% pelajarnya merupakan pelajar
berbangsa Cina, yang rata-ratanya anak orang kaya. Nama pun sekolah
cluster kan, jadi pembelajaran matematik dan sainsnya tentu sahaja masih dalam
Bahasa Inggeris. Jadi aku agak selesa di situ. Semasa berada di sekolah itu,
aku tidak ditawarkan kelas sains tulen, tetapi aku kena mengambil subjek sains
sukan – Biologi, Kimia, Addmath dan Sains Sukan. Tiada Fizik. Aku tidak
memilih, aku masuk sahaja dalam kelas itu. Lagipun, semasa baru masuk tingkatan
4, cikgu yang menentukan aku berada di kelas yang mana. Aku sememangnya tidak
ada membuat sebarang research mengenai subjek-subjek yang perlu aku fokus untuk
kerjaya akan datang pada ketika itu kerana aku tiada cita-cita untuk bekerja
sebagai apa. Jadi aku menurut sahaja.
Di sekolah cluster itu, aku menginap di asrama yang disediakan
kerana jarak rumah aku dan sekolah itu agak jauh. Kehidupan di asrama agak
memenatkan kerana kau harus ikut semua jadual harian yang telah disediakan.
Tambahan pula, aku menyertai program Akademi Menara Gading (AMG) – kelas
tambahan disediakan setiap Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingglah 5 petang,
maka jadual harian aku sangatlah pack – aku perlu menghadiri kelas 7 hari
seminggu!
Selepas mid-year exam, aku memutuskan bahawa aku tidak sesuai
berada di kelas Sains Sukan. Kau bayangkan, aku fail subjek sains sukan. Yang
lagi teruknya, markah sains sukan aku lagi rendah daripada markah addmath (fail
jugak hahahah) yang memang terkenal dengan subjek yang paling susah. Bagi aku
subjek sains sukan agak membebankan aku. Aku berjumpa dengan pengetua sekolah
itu, minta untuk ditukarkan ke kelas sains tulen, tapi katanya ketiga-tiga
kelas sains tulen yang ada sudah penuh dengan pelajar. Kemudian aku diminta
untuk bertemu dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) sekolah. Aku
tak suka sebenarnya berjumpa dengan GPK HEM ni sebab dia ni garang. Student di
sekolah tu kata dia agak pilih bulu – dia orang cina, jadi dia selalunya baik
dengan pelajar cina sahaja, dengan pelajar melayu dia sombong sikit.
Nak tak nak aku jumpa lah dia jugak. Lepas aku bagitahu yang aku
berhajat nak tukar kelas, terus dia cakap “Tak boleh, Dah penuh. Kalu u nak
jugak, u tukar sekolahlah. Pergi sekolah di tempat lain,” Menyirap je darah
aku, aku cakap elok-elok, dia nak tak nak je layan. Dah lah aku penat. Malas
nak cakap banyak, aku terus cakap kat dia okay, aku nak tukar sekolah. Petang
tu aku bagitahu ibu bapa aku tentang perkara itu – minggu itu merupakan minggu
terakhir aku belajar di situ.
Sebelum pindah sekolah, ramai rakan-rakan aku di sekolah itu
cakap, “Alin, kenapa pindah? Sekolah ni sekolah kluster kot, tak sayang ke?”,
“Alin serius kau nak tukar sekolah? Tak rasa rugi ke?”, “Alin, sayangnya, dapat
sekolah bagus, kau keluar,” Aku tak peduli. Aku rasa sangat terbeban jika aku
terus belajar di situ. Stress. Penat. Cukup lah empat bulan aku belajar di
situ.
Aku berpindah semula ke sekolah lama aku. Rakan-rakan lama di
sekolah sangat gembira dengan kehadiran aku, aku pun gembira jugak berjumpa
dengan mereka. Guru-guru pula sangat mengalu-alukan kehadiran aku (maklumlah,
datangnya dari sekolah kluster, mestilah sekolah harian biasa yang rendah
rankingnya menerima kehadiran aku). Di sebabkan di sekolah kluster aku tidak
mengambil mata pelajaran Fizik, maka aku harus ‘kejar’ semula subjek itu. Waktu
rehat aku terkorban sebab aku perlu berjumpa dengan guru fizik aku untuk
belajar semula chapter-chapter yang aku tinggal. Aku tidak rasa itu membebankan,
kerana aku mula suka pada mata pelajaran Fizik berbanding yang lain (biologi
dan kimia) kerana subjek itu banyak mengira dan aku mudah menghadam apa yang
guru aku sampaikan. Dengan program AMG yang aku sertai, ia sangat membantu aku.
Tak apalah tak masuk sekolah cluster pun, sekolah harian biasa dan AMG sudah
cukup membantu aku. Oh ya, aku belajar sains dan matematik dalam kedua-dua
Bahasa ketika ini. Bahasa Melayu pun aku tahu, Bahasa Inggeris pun aku tahu.
Alhamdulillah, aku berjaya meraih gelaran pelajar cemerlang SPM di
sekolah itu. Aku bangga dengan pencapaianku dan amat berpuas hati – kerana
ushaku standing dengan hasil yang aku dapat. Mata pelajaran Addmath yang
dulunya ketika di tingkatan 4 aku selalu gagal, aku mendapat gred A+ ketika SPM,
dan matapelajaran Fizik yang pernah aku tinggalkan selama empat bulan, aku
mendapat gred A ketika SPM. Syukur Alhamdulillah. Keseluruhan result SPM aku
rasanya standing sahaja dengan pelajar sekolah kluster.
Apa yang aku nak sampaikan, tak kiralah kau belajar di manapun,
sekolah ranking petama Malaysia mahupun yang paling corot, apa yang penting
ilmu yang kau dapat. Belajar di mana-mana pun sama sahaja, asalkan kau
berusaha, kau akan dapat apa yang kau inginkan.
Sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal beban, terutamanya beban
sebagai pelajar universiti. Tapi rasanya entry kali ni dah sangat panjang. Sir
Azzwan kata post kena lebih dari 100 patah perkataan, tapi kali ni aku buat
lebih daripada 1000 patah perkataan hahhaahhahahha. Terima kasih lah sir sebab
bagi tema best minggu ni.
No comments:
Post a Comment