SEKSI OVARI, Fazleena Hisyamuddin. Terbitan Sang Frued Press - Selut Press
KAU BOLEH MENYANDAR PADA SERIBU BAHU KALAU KAU MAHU
TAPI KAU MEMILIH UNTUK YANG SATU ITU
YANG PALING DUNGU
YANG BUAT KAU BERSANDAR
SAMBIL AIR MATA KAU JATUH BERTALU
DAN HATI KAU PECAH BERIBU
Buku ini merupakan buku catatan puisi oleh Fazleena Hisyamuddin, yang telah diterbitkan oleh Sang Frued Press pada hujung tahun 2012. Tetapi aku baru memiliki naskah Seksi Ovari ini pada tahun ini, ketika belajar di Matrikulasi. Beli pun pakai baucer buku 1 Malaysia ketika pesta buku. 3 buku RM 50. Aku turut membeli buku Bibir Ceri Melati, karya Fazleena juga, serta buku Mesin Cahaya Masa, karya Wani Ardi. Sebenarya aku nak beli buku Langit Vanilla, tapi buku itu dah habis. Tak ada rezeki nak baca buku tu lagi.
Ketiga-tiga buku yang senaraikan di atas merupakan buku-buku puisi yang pertama kali aku beli. Aku tak pernah baca buku-buku puisi sebelum ini. Bagi aku puisi ni lame, ayat berbunga-bunga, bahasa aras tinggi, ayat berbunga-bunga sangat sampai tak faham mesej yang hendak penulis sampaikan. Tetapi selepas baca Seksi Ovari, Bibir Ceri Melati dan Mesin Cahaya Masa, persepsi aku berubah.
Aku fokuskan pada buku Seksi Ovari. Buku ini sangat ringkas, padat dan deep! Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami di samping ayat-ayat makan dalam. Buku puisi ini bersifat feminist (tajuk pun Seksi Ovari) dan kebanyakan puisi ini menggambarkan apa yang sering bermain di hati wanita, tentang luahan hati seorang wanita.
Buat lelaki-lelaki di luar sana yang ingin mengetahui isi hati wanita bolehlah membaca buku ini, lagi-lagi yang sedang galak bercinta mahupun sudah putus cinta, moga-moga anda sentap ketika membacanya.
Cover lama buku Seksi Ovari
Terimakasih :)
ReplyDelete