
9 Nyawa, Ramlee Awang Murshid. Terbitan Alaf 21.
INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma
dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9
nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah nyawa yang diambil daripadanya,
lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya
menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.
HAKIM
Si buta lagi yatim
piatu ini menyara adiknya dengan penuh bertanggungjawab. Hatinya sungguh luhur.
Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya
lebuh ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara
hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu
merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tak
disangka terungkai. Dan satu persoalan muncul – mengapa mereka tidak
dipertemukan lebih awal? - SINOPSIS
Aku baca buku ini pada sekitar
tahun 2013. Buku ini merupakan buku pertama Ramlee Awang Murshid (RAM) yang aku
baca. Tapi aku baca tak habis. Sebab boring. Lalu aku baca buku tajuk Mikhail,
karya RAM juga, berkisar tentang pembunuh upahan, jalan ceritanya amat menarik.
Lalu aku terfikir, kalau novel Mikhail ini best, mestilah buku 9 Nyawa best
juga. Penulis yang sama kot. Habis baca buku Mikhail, aku sambung semula baca
buku 9 Nyawa. Dah habis baca, konklusinya buku 9 Nyawa best!
Tajuk 9 Nyawa ini dikaitkan
dengan Intan Haryani yang mempunyai masalah sakit jantung yang amat merisaukan
ibunya, Puan Azizah. Intan yang banyak kali koma seakan hilang nyawa membuatkan
Puan Azizah percaya bahawa anaknya mempunyai 9 nyawa. Sikap Puan Azizah yang
sangat mengongkong membuatkan hidup Intan ibarat seekor burung dalam sangkar
emas. Sentiasa diawasi dan dikawal. Sejak berjumpa dengan Khairil, naluri wanitanya
memberontak. Akhirnya dengan restu si ibu, Intan berkahwin dengan Khairil
setelah Khairil dapat meyakinkan Puan Azizah tentang keikhlasan hatinya.
Namun, rahsia demi rahsia
terungkai semasa Intan berada di dalam satu dimensi lain di dunia. Rohnya berlegar-legar
di ruangan hospital dan dapat melihat tubuhnya yang kaku. Ketika ini, Intan
hanya dapat berkomunikasi dengan Hakim. Sepanjang terperangkap antara hidup dan
mati, pelbagai rahsia ditemuinya. Di manakah ayahnya? Kenapa ibunya bersifat
terlalu mengongkong? Siapakah Khairil yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya? Dan
apakah kaitan Hakim dengan keluarganya?
Mula-mula aku baca buku ini, aku
merasakan buku ini boring sebab dia terangkan tentang hidup Intan masa kecil,
ada part Hakim bersama adiknya, Shauqi. Penulis juga menceritakan tentang adik
Hakim yang baik di depan abangnya tetapi nakal di belakang abangnya dengan
menyertai kumpulan kongsi gelap yang mengedar dadah. Bagi aku semua ni boring
dan meleret. Tetapi sebenarnya benda-benda ni memang perlu diceritakan bagi
pembaca faham apa kaitannya watak-watak lain ini nanti.
Bila sampai part Intan koma dan
berjumpa Hakim, dah tak boring. Aku memang suka gila part tu sampai habis.
Sebab masa inilah terungkai semua rahsia watak-watak dalam novel ni. Ayah Intan
mati accident disebabkan ibunya yang menyebabkan kemalangan itu. Hakim mula
buta disebabkan kemalangan yang berlaku oleh keluarga Intan. Khairil sebenarnya
watak jahat dalam cerita ini. Dan macam-macam lagi yang membuatkan aku berasa
excited dan puas membaca buku ini.
Secara keseluruhannya, aku suka
buku ini. Plotnya tersusun kemas dan diisi dengan nilai kemanusiaan, keagamaan
dan kekeluargaan. Tak lupa corak penceritaan yang thriller. Padanlah RAM
merupakan Penulis Novel Thriller No. 1 di Malaysia kerana beliau mempunyai
garapan idea dan penulisan yang bagus. Aku mula jatuh cinta dengan karya RAM
setelah membaca buku 9 Nyawa dan Mikhail. Kini aku telah mengumpul lebih
daripada 10 buah buku karya RAM dan akan bertambah dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment