HATIKU DI HARAJUKU, Ramlee Awang Murshid. Terbitan Alaf 21.
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai? - SINOPSIS

Buku ini aku baca ketika berada di tingkatan 5. Pinjam kawan punya. pada mulanya, aku sangka buku ini bosan. melalui kulit bukunya dan sinopsisnya aku enganggap buku ini bosan. sebelum membaca,aku sangkakan Ryu-Watanabe dan Noriko itu adalah watak sejarah, manakala Sabrina adalah watak masa kini yang ingin mengetahui sejarah percintaan Noriko dan Ryu-Watanabe. Seperti biasa telahan aku salah. Dan aku tak tahu pun bahawa Harajuku merupakan nama sebuah tempat di Jepun.
Ryu-Watanabe merupakan orang Melayu yang berhijrah ke Jepun dan menyertai kumpulan yakuza di Jepun. Semakin lama, dia semakin mahir bermain pedang - kerana dia sukakan Noriko, anak Yakuza Amikie iaitu ketuk kumpulan Yakuza yang disertainya. Pasangan ini menjadi sepasang yakuza yang hebat dan digeruni disebabkan kemahiran mereka bermain pedang. Disebabkan salah faham, pasangan ini berpisah.
Ryu-Watanabe pulang ke Malaysia sebagai Risyam dan berazam untuk berubah. Dunia Yakuza ditinggalkan lalu dia bertaubat kepada Allah SWT. Setelah mendengar khabar dari majikannya (sepupu Sabrina) mengenai pergolakan yang sedang berlaku antara yakuza di Jepun, dia bagaikan terpanggil untuk ke Jepun kerana dia merasakan bahawa Noriko masih hidup lagi dan perlu diselamatkan. Sabrina yang dalam diam mencintai Risham turut menjejaki lelaki itu ke Jepun.
Pendapat aku, idea cerita ini sangat menarik! Watak Samurai Pedang berbangsa Melayu iaitu Risham. Membaca buku ini seolah-olah sedang menonton movie aksi. Kau akan tertanya-tanya, dah mati ke belum watak ni? Seperti biasa, RAM akan menyelit unsur kekeluargaan, keagamaan dan unsur-unsur nasihat kepada pembaca. Pengakhiran buku ini juga tidak disangka-sangka. Kisah percintaan yang penuh dengan tragis, dendam, luka, dan darah. Kau rasa endingya Ryu-Watanabe dengan Noriko atau Risham dengan Sabrina?

No comments:
Post a Comment