
Mikhail, Ramlee Awang Murshid. Terbitan Alaf 21.
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi
pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Sewaktu
usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan
Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga
ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh
profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail menghidapi sejenis penyakit
paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu
yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak
diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan
realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu
agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan
sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan berkerjasama akan
dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu.
Saspens dan penuh emosi. – SINOPSIS
Novel ini merupakan antara novel kegemaran aku. Novel ini
ibu aku beli sekaligus dengan novel 9 Nyawa (post sebelum ini) dan Cinta Sufi,
di mana semuanya karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Jujur aku katakan,
novel-novel ini merupakan novel thriller
pertama yang aku baca dan aku berpuas hati dengan bacaan aku. Karya RAM memang
oshem!
Novel ini berkisar tentang Mikhail yang merupakan pembunuh
professional yang dilatih oleh Uncle Dickens. Tugas Mikhail adalah membunuh
orang yang diarahkan oleh Uncle Dic seperti membunuh Mr Yap di China dan Mr
Sundram di Mesir. Setiap kali pembunuhan berlaku, wang USD 1 Dollar akan
ditinggalkan bersama mayat. Arahan seterusnya, Mikhail perlu membunuh dua lagi
orang yang bertanggungjawab membunuh keluarganya iaitu Datuk Bakri dan Tuan
Halim, juga anak-anak Tuan Halim iaitu Inspektor Zetty dan Raihana di Malaysia.
Mikhail gagal melaksanakan misi untuk membunuh Raihana
kerana dia jatuh cinta pada Raihana. Akibatnya, dia diburu oleh pembunuh upahan
yang lain yang akan menyambung misi tersebut. Bagi menyelamatkan gadis itu,
Mikhail telah menculik Raihana dan pada masa yang sama kakak Raihana, Ins.
Zetty mengikut jejak Mikhail bagi menyelamatkan adiknya. Setelah dua kali terselamat
daripda pembunuh upahan, Raihana mula mempercayai Mikhail dan membantu lelaki
itu merungkai misteri Tahir – seorang penagih dadah di mana Mikhail akan
mendapat visual tentangnya apabila retina matanya terkena cahaya matahari.
MIKHAIL – bukan sekadar nama. Ya, Mikhail ternyata bukan
seorang, malah ada berpuluh orang yang diberi kod persendirian seperti Mikhail
155, Mikhail 496 dan lain-lain. Setiap seorang Mikhail ini akan dibrainwash oleh kumpulan Dickens untuk
melupakan sejarah hidup mereka dan memasukkan memori baru berkenaan kisah
dendam kesumat yang akan membuatkan mereka bertindak membunuh sesiapa sahaja
yang berkaitan dengan memori kejam itu. Selebihnya, aku cadangkan kau cari dan
baca buku ni supaya lebih feel.
Bagi aku cerita ni sangat cool dan awesome! Tidak sampai
sehari aku ambil masa untuk membaca buku ini. Cerita yang penuh dengan aksi dan
twist. Banyak telahan aku tentang kesudahan cerita ini salah. Yang aku sangka
baik, sebenarnya watak itulah yang jahat. Idea mengenai wang ditinggalkan bersama
mayat juga agak menarik. Penulisan RAM juga sangat teliti sehingga aku bagaikan
menonton movie aksi. Nama-nama senjata, kawasan di luar negara juga diceritakan
dengan bagus. Aku harap buku ini akan diadaptasikan sebagai filem aksi. Dan
yang penting kalau dijadikan filem, filem itu mestilah sebagus novelnya, atau
leih bagus lagi. Thumbs up!
No comments:
Post a Comment