Monday, 14 December 2015

Epilog

Semuanya telah selesai. Aku berjaya melalui kelas Aplikasi Komputer Set 2 ajaran Sir Azzwan dengan jayanya bhahahhhahahah.Alhamdullilah. InsyaAllah segala ilmu yang Sir turunkan akan aku gunakan sebaik-baiknya. Segala nasihat dan teguran akan aku ingat. Pengalaman merupakan guru yang terbaik.

Hari terakhir kelas Aplikasi Komputer bersama Sir Azzwan. Banyak tips peperiksaan Sir kongsikan ketika ini.

Hari Perbentangan Powerpoint semasa studyweek. Gambar bersama beberapa pelajar Set 2.

Gambar bersama ahli group presentation dan mentor pembimbing. Alhamdulillah presentation berjalan lancar. Hanya aku tergagap-gagap ketika bercakap di depan kerana terlupa huraian point aku. Ya, aku akui aku tidak prepare untuk presentation pada hari itu kerana tumpuanku seratus peratus pada video berdurasi 5 minit. Aku tukang edit video, merangkap juru kamera untuk video ini. Aku ingat lagi, Esoknya hendak presentation, malam itu baru kami sempat berkumpul untuk menyiapkan video kerana aku memerlukan semua ahli untuk bergabung idea bagi memantapkan video tersebut. Jam 4 pagi masing-masing tertidur di bilik Tasya (KDO), jam 6 pagi bangun pulang ke bilik masing-masing, besiap-siap lalu ke PTSL untuk presentation. Habis presentation jam 5 petang, lepas maghrib terus tidur tak sedar diri sampai esok harinya.


Gambar ini diambil ketika kami tamat menjawab soalan peperiksaan Aplikasi Komputer. Semua pelajar Sir Azzwan Set 2 dan Set 4 berkumpul selepas exam untuk bergambar buat kali terakhir untuk semester ini.

"Last untuk semester ini, Ada Soalan?"

Study Week

Minggu ini merupakan minggu akhir kuliah. Minggu depan Minggu Belajar (Study Week) dan minggu satu lagi mulalah peperiksaan akhir semester. Jujur aku kata, aku tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Aku masih tidak membuat apa-apa persediaan. Aku rasa masa belajar satu semester di universiti sangat sekejap. Pejam celik pejam celik dah nak final. Awal bulan September masuk daftar di universiti, hujung Disember sudah final exam. Lebih kurang 4 bulan sahaja belajar di sini. Exam 2 ke 3 minggu kemudian cuti semester selama sebulan.


Untuk study week, aku masih berkira-kira untuk pulang ke rumah ataupun tidak. Kebanyakkan rakan blok satu aras dengan aku akan pulang ke rumah semasa study week. Kata mereka di rumah senang, ada ibu bapa yang akan mengingatkan mereka untuk belajar. Kalau stress pun senang, boleh keluar jalan-jalan. Makan minum pun senang. Ya, memang semua tu betul. Masalah aku, aku tiada tempat belajar di rumah. Meja belajar yang aku gunakan ketika SPM sudah dialihkan ke tempat lain. Selain itu, rumah aku bising dengan telatah adik-adik aku dan sepupu-sepupu aku yang sebaya dengan mereka (adik-adik aku). Kebetulan rumah pak sedara aku berada di hadapan rumah aku sahaja maka anak-anaknya suka bermain di rumah aku. Aku tidak rasa aku selesa belajar dalam situasi seperti itu. Nak tinggal di blok, ramai pulak rakan blok yang pulang ke rumah. Hmm perlu ke tidak aku balik ke rumah semasa study week?

Sunday, 13 December 2015

Prolog

Hari itu hari Selasa. Dan ia merupakan hari pertama aku menyertai kuliah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kelas pertama merupakan kelas Aplikasi Komputer. Bergegas aku berjalan mencari bilik seminar di aras 4. Terpinga-pinga juga aku kerana tidak mahir dengan susun atur bilik-bilik di situ. Masuk dalam bilik seminar, terdapat beberapa pelajar sudah ada di situ. Muka-muka baru. Kebetulan rakan satu kuliah dengan aku turut berada di situ. Aku berasa gembira, sekurang-kurangnya ada jugak muka yang aku kenal. Aku berbual-bual dengan gadis yang duduk di sebelah aku. Namanya Iffah. Kami berbual biasa bertanyakan nama, asal, belajar di mana sebelum ini – dan pelbagai soalan klise untuk orang yang pertama kali kau berbual.

Jam menghampiri pukul 8 pagi. Masuk seorang lelaki dah duduk di kerusi belakang sekali. Aku tertanya-tanya, adakah itu pensyarah yang akan mengajar kami subjek ini? Beliau hanya memerhatikan gelagat kami sebelum pergi ke depan dan bercakap dengan kami. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Sir Azzwan, antara pensyarah muda di fakulti ini. Beliau juga menyatakan rasa pelik kenapa kami ditempatkan di bilik seminar – seperti yang tertera di dalam jadual – sedangkan kami sepatutnya belajar di makmal komputer. Nama subjek pun Aplikasi Komputer – wajarlah kami belajar di Makmal Komputer. Kami beralih ke Makmal Komputer 3, yang terletak berdekatan dengan bilik seminar yang kami duduki sebentar tadi. Kebetulan makmal komputer itu kosong, maka kami akan belajar di situ sahaja sepanjang semester ini.


Tiada apa-apa yang menarik – pengalaman manis atau pahit yang berlaku pada hari itu. Cuma Sir Azzwan menerangkan situasi yang kau akan hadapi ketika kau berada di dalam kelasnya – tough. Beliau juga memesan sekiranya tidak suka akan caranya, dia meminta kami menukar ke set lain – belajar dengan pensyarah lain. Bagi aku, aku suka sahaja dengan caranya. Apabila beliau bersikap begitu, aku akan berdisiplin dalam kelasnya dan membuat tugasan-tugasan yang dimintanya dan menghantar pada masa yang dikendaki. Beliau juga suka bergurau, membuat lawak dan 'bash' student dalam kelas. Bukan 'bash' yang teruk-teruk, hanya 'bash' yang kelakar untuk kurangkan stress belajar.

Alhamdulillah. Kuliah pertama di fakulti aku berjalan dengan baik.

Friday, 11 December 2015

Bukan Review Buku

Sudah lebih 200 novel aku baca. Novel cinta, novel thriller, novel islamik, novel sci-fiction, semua jenis novel aku baca. Selain membaca, aku juga mengumpul novel-novel. Sudak lebih 100 buah novel aku beli untuk dijadikan koleksi peribadi. Semasa aku berada di bangku sekolah, semangat membaca novel aku sangat membuak-buak. Dalam masa sehari, aku boleh menghabiskan satu hingga dua buah novel - bergantung kepada ketebalan. Biasanya novel yang tebalnya 1000+ mukasurat aku boleh habiskan dalam masa sehari. Yang tebal 300-400 mukasurat, aku boleh habiskan dalam 3 hingga 4 jam - sekiranya aku baca novel itu tanpa henti.

Post bebas kali ini aku tidak menulis review buku seperti biasa. Ketandusan idea. Lagipun sejak akhir-akhir ini aku tidak bernafsu untuk membaca novel. Nafsu untuk membeli novel sentiasa ada. Aku rasa lebih kurang 10 buah novel yang aku beli dan aku masih tidak baca lagi. Terdapat jugak dua tiga buah novel yang aku baru baca sedikit dan tidak bersemangat untuk menghabiskannya. Salah satunya novel Pentas keluaran Buku Fixi. Buku itu aku beli usai aku menamatkan matrikulasi dan mula membaca novel itu sekitar bulan Julai. Kini sudah Disember aku masih belum menghabiskan bacaan aku. Aku beralih pada buku lain yang lebh menarik. Jujur aku kata, buku itu bosan. Aku tidak faham kenapa kawan aku cakap buku itu awesome. Bagi aku buku Pentas itu biasa-biasa sahaja. Ideanya menarik, berkisar tentang magician tapi plotnya sungguh boring. Okay, aku TERreview novel Pentas dalam post ini. Apapun citarasa manusia berberza. Tidak semestinya apa yang kau suka, orang lain pun suka. Kalau semua orang mempunyai citarasa yang sama, lingkuplah dunia.

Wednesday, 2 December 2015

NA = Nasi Ayam



Minggu ini tema berdasarkan akronim nama sendiri. Nama aku Nur Adleen jadi aku perlu mencipta perkataan lain berdasarkan huruf N dan A. Dan perkataan Nasi Ayam yang muncul dalam fikiran.



Aku percaya rata-rata rakyat Malaysia pernah makan nasi ayam bukan? Tipulah tak pernah makan. Kalau betul tak pernah makan, mesti nasinya sahaja pernah makan, ayamnya tidak. Cerita pasal nasi ayam, hidangan ini bukanlah makanan kegemaran aku. Kerana aku lebih memilih makanan yang pedas dan mempunyai sambal seperti Nasi Lemak.

Bercerita pasal nasi ayam, aku pernah dengar proses memasak ayamnya agak melecehkan. Ayam itu perlu direbus bersama bawang putih dan halia sehingga empuk, kemudian kau kena perap ayam bersama bahan perapan selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu, lumurkan bersama sedikit madu baru lah kau goreng. Tapi goreng sekejap sahaja supaya bahagian isi ayam yang direbus masih lagi lembut. Begitulah lecehnya nak masak ayam untuk hidangan nasi ayam ini.

Di kiosk tempat aku belajar, ada satu gerai yang menjual nasi ayam. Rasanya okay sahaja tetapi ayamnya tidak berapa okay. Aku rasa dia terlebih menggunakan bawang putih. Bau ayam itu sahaja sudah pelik. Pernah sekali aku makan, kemudiannya aku sendawa. Bau mulut aku Ya Rabbi busuknya disebabkan halwa bawang putih yang melekat pada ayam itu. Selepas kes itu, aku jarang makan nasi ayam dari kiosk itu. Buatnya aku sendawa di hadapan orang lain dengan bau mulut seperti itu, mahu arwah orang itu.

Review Buku Magis, Karya Ramlee Awang Murshid

18480688



MAGIS, karya Ramlee Awang Murshid. Terbitan Alaf 21.

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. 

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat. 

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia. 

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu. 

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata. 

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie. 

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat. 

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati! - SINOPSIS

"Yang tak masuk akal, boleh berlaku di sini!" Ya, macam tak logik sahaja orang zaman dahulu boleh bertemu dengan orang zaman sekarang dalam satu relung masa tapi baca tagline dia balik, kemudian berfikir, tiada apa yang mustahil dengan kuasa Tuhan.

Pada aku, BUKU NI AWESOME GILAAAA! Aku sangat-sangat sukakan idea pertemuan semua hero-hero ciptaan RAM dalam novel-novel sebelum ini. Jalan cerita yang ditulis sangat menarik dan seperti biasa, RAM pandai bermain twist dalam novelnya. Elemen keagamaan, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan tidak dilupakan.



Novel ini menggabungkan watak dari novel Siri Laksmana Sunan, Tombiruo, Hatiku di Harajuku, Mandatori dan Mikhail iaitu Laksmana Sunan (Saifudin), Ejim, Ryu-Watanabe, Carlos dan Mikhail. Aku hanya membaca siri Laksmana Sunan, Mikhail dan Hatiku di Harajuku tetapi ia tidak menjadi masalah kepada aku kerana RAM akan memperkenalkan watak-watak ini terlebih dahulu di bahagian prolog.



Monday, 30 November 2015

B = Biro ICT

Pada minggu ini, Biro Pembangunan Keusahawanan menganjurkan Minggu Keusahawan di kolej kediaman aku. Program dijalankan pada hari Isnin sehingga Khamis. Aku merupakan salah seorang ahli Biro ICT dan kami memutuskan untuk menjual bihun sup, soto dan bakso. Gerai kami bernama Gerai Bakso Mak Jah. Kenapa Mak Jah? Sebab MEP Biro ICT – Dalila menyertai pertandingan teater kolej sempena ICAF dan membawa watak Mak Jah.

Pada hari Ahad – sehari sebelum jualan bermula, kami semua berkumpul untuk praktis memasak sup bersama Dalila. Tidak semua turun pada petang itu, aku pula turun untuk menyokong mereka. Apa yang aku perhatikan, hanya Dalila sahaja yang tahu memasak sup – itupun dia mendapatkan resepi dari kawan dia yang memasak bakso pada Minggu Keusahawanan tahun lepas. Ahli yang lain rata-ratanya aku tengok macam tak pandai memasak sup. Aku memang duduk diam sahajalah – sebab aku pun tak pernah memasak sup!

Aku dapat merasakan yang sup ini tidak berjaya. Aku bermonolog, ‘kalau semua tak tahu masak sup, tak payah lah jual bakso! Memanglah tahun lepas mereka untung besar – Rm 700 sebab jual bakso. Masalahnya, tahun lepas memang ada yang tahu masak. Tahun ni aku tengok semua tak pandai masak!’ Hmm aku memutuskan untuk tidak beria-ria menonjolkan diri, hanya apabila aku bertugas sahaja aku turun – malas aku ambil tahu.

Aku bertugas pada Selasa petang, Rabu pagi dan Khamis petang. Pada hari Isnin – hari pertama Minggu Keusahawanan aku tidak bertugas memandangkan aku ada kelas dari jam 8 pagi sehingga 2 petang kemudian sambung pula pada jam 3 petang hingga 5 petang. Pada jam 12 petang, Group Whatsapp Biro ICT 15/16 mula memekak. Kecoh memanggil ahli yang free untuk turun memasak kerana yang bertugas pagi itu ada kelas di sebelah petang. Kebetulan kelas aku yang tamat pukul 2 itu tamat awal, jam 12.30 petang sudah tamat. Usai makan tengah hari aku jenguk mereka yang sedang memasak.

Semasa aku sampai di tempat memasak, sup sudah siap masak, cuma hendak tunggu ia mendidih. Terkejut juga aku melihat, sup itu dimasak dalam periuk besar – rasa aku radius periuk itu adalah dalam 3 jengkal tangan aku. Aku membuka penutup periuk. Kelihatan bebola-bebola daging timbul di permukaan sup – hampir melimpah. Aku membebel sendirian kerana mereka meletakkan terlalu banyak air – sampaikan bebola daging yang timbul itu bersentuhan dengan penutup periuk. Sup yang mereka masak juga cair. Hmm aku tak tahu lah laku ke tak bakso kami nanti.

Sesi berniaga bermula jam 5 petang sehingga 11 malam. Tetapi malam itu aku dapat tahu yang gerai kami tutup awal. Jam 8 malam sudah tutup. Kenapa tutup awal? Tak laku ke? Tak lah. Sebab sup, bihun dan semua bahan jualan sudah habis licin. Wahhh ada juga yang beli sup cair itu.

Esoknya – Selasa aku bertugas pada waktu petang. Habis sahaja kelas jam 1.30 petang, aku terus ke tempat memasak. Yang memasak pada hari itu tidak memasak pada hari Isnin. Jadi mereka terkebil-kebil hendak masak. Masa aku sampai, mereka baru menumis dan mereka memasukkan sedikit air didalamnya. Aku melihat ayam mentah yang masih belum dimasukkan. Aku mengeluh. Setahu aku selepas bahan tumisan sudah naik bau, ayam perlu dimasukkan dahulu, tunggu sehingga ia masak sedikit kemudian baru masukkan air. Aku mengambil alih tugas masakan pada hari itu. Mereka yang lain membantu aku menyediakan bahan seperti di dalam resepi dan merasa sup itu – untuk mengelakkan rasa itu tidak ummmphh macam semalam.

Alhamdulillah sup pada hari itu sedap berbanding semalam. Hampir 7 petang, sup hampir licin. Dalila – mep biro ICT memasak sup untuk kali kedua, tapi menggunakan periuk yang bersaiz biasa sahajalah – tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Nampaknya bakso kami mendapat permintaan yang tinggi.

Rabu – seharian aku memang tiada kelas. Aku bertugas di sebelah pagi. Pagi itu, ahli biro lelaki yang sepatutnya keluar membeli bahan masakan lambat membeli bahan. Aku dan dua orang rakan perempuan yang lain – Fatin dan Nazahah, memasak dahulu apa yang ada seperti menggoreng kacang dan menggoreng suhun untuk soto. Hampir jam 12 tengah hari baru mereka sampai.  Sampai sahaja aku terus menyiang ayam yang sudah dipotong – 2 ekor dan rakan lelaki yang membeli barang tadi menwarkan diri untuk membasuh ayam sehingga bersih. Nazahah menguruskan kacang dan Fatin pula mengupas bawang dan halia untuk tumisan.Displaying FullSizeRender.jpg

Displaying FullSizeRender.jpg
Displaying FullSizeRender.jpg

Usai basuh ayam, bahan tumisan juga sudah siap disediakan, aku mula memasak. Sambil memasak kami menangkap gambar sebagai kenangan. Alhamdulillah proses memasak berjalan dengan lancar. Petang itu seperti biasa Dalila memasak sup untuk kali kedua – periuk kecil sebagai tambahan. Kebetulan malam itu ada lawatan dari TNC (Timbalan Naib Censelor). Semua pelajar tahun satu wajib turun dan memakai t-shirt universiti yang berwarna merah. Pada jam 6 petang aku baru berpeluang untuk menyidai pakaian yang aku basuh pagi itu dan aku baru perasan t-shirt uni juga baru basuh. Selepas berbincang dengan Dalila yang aku tidak dapat hadir malam itu, aku perlu menjaga gerai – pelajar tahun 1 dilarang duduk di dalam bilik pada malam itu. Jam 8 malam aku turun ke gerai. Mereka meminta aku memasak sup untuk kali ketiga pada malam itu.

Aku terus ke tempat memasak untuk memasak sup. Bahan masakan tidak mencukupi. Aku guna sahaja mana yang ada asalkan ada rasa macam sup. Malam itu jualan kami juga habis licin, habis sahaja jualan, kami menutup gerai. Ketika itu jam baru sahaja menjengah 9.30 malam. Alhamdulillah jualan kami pada malam itu mencecah Rm 500.


Displaying FullSizeRender.jpg
Hari khamis aku memasak sup di sebelah petang – periuk sederhana. Dalila yang memasak sup periuk besar. Masih lagi satu periuk besar dan dua periuk sederhana seperti hari yang sebelum ini. Malam itu gerai kami juga – seperti biasa – tutup awal. Habis jualan kami berjalan-jalan menjengah gerai-gerai lain. Ada yang menjual makanan western seperti spaghetti, cheesy wedges, float, murtabak maggi, ais jagung, air cendol, koktail, dan pelbagai lagi. Malam penutup Minggu Keusahawanan meriah dengan aktiviti cabutan bertuah. Yang seronoknya, timbalan pengetua kolej kami telah menaja enam hadiah barangan elektrik sebagai cabutan bertuah tambahan. Dua orang rakan aku menang cabutan bertuah barangan elektrik. Seorang dapat pembakar roti, seorang lagi dapat pembancuh kopi (coffee maker). Aku tumpang gembira.



Malam itu kami mengira untung yang kami peroleh sepanjang empat hari berniaga. Alhamdulillah untung mencecah lebih daripada Rm 1000. Semua ahli biro aku gembira dan berpuas hati.

Sunday, 29 November 2015

Siri Laksmana Sunan, Karya Ramlee Awang Murshid




1. BAGAIKAN PUTERI


Haryani dan Laksamana Sunan... 

saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. 

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. 

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. 

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati! - SINOPSIS

2. CINTA SANG RATU

Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.


Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. - SINOPSIS


3. HIJAB SANG PENCINTA

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.


Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. 

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini... - SINOPSIS


4. CINTA SUFI

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka.

Ingin mencari lelaki bertanduk dua.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan. - SINOPSIS


5. SUTERA BIDADARI

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.


Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. 

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding. 

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir. - SINOPSIS


6. SUNAN MUSAFIR


ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.


Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya. - SINOPSIS




7. SUNAN NAGGROE SANG KEMBARA

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati. - SINOPSIS


8. SUNAN CINTA NAN SAKTI

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan? 

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA. 

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang. 

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.” 

Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.

Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...

Di sinilah... lahirnya seorang legenda. 

Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.

RAMLEE AWANG MURSHID mengekalkan rentak cinta dan aksi dalam alur cerita karyanya kali ini. Nanggroe Sang Kembara menempuhi banyak gendala dalam perjalanan meraih Cinta Nan Sakti. Perjuangan tidak mengenal erti lelah biarpun hampir tewas. Kebangkitan merupakan kemuncak sebuah hakikat dalam layar sebuah hikayat.


Monday, 23 November 2015

Emosi





Setiap manusia mempunyai emosi – perasaan yang kuat – nangis, ketawa, sedih, marah, takut dan sebagainya. Melalui rujukan aku di internet, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah satu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit, untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi.

Ada masa emosi kita stabil, adakalanya tidak. Sebagai seorang yang matang, kita harus pandai mengawal emosi kita. Tetapi ada juga masa-masa tertentu kau memang tak boleh kawal emosi kau, mungkin sebab kau sangat tertekan, atau kesabaran kau sudah sampai ke limitnya. Bercerita pasal emosi, aku juga ada kisah aku tersendiri.

                Aku merupakan seorang yang sensitif – mudah menangis. Tapi aku ada ego aku tersendiri. Aku ego untuk menangis depan orang lain. Aku malu nak menangis depan orang lain sebenarnya. Aku tak nak mereka nampak aku lemah, tak nak mereka nampak aku lembik. Tapi disebabkan satu insiden ni, aku tak boleh nak tahan air mata aku. Aku menangis je depan kawan-kawan aku. Bukan. Aku menangis bersama-sama mereka.

                Insiden ni berlaku semasa aku berada di tingkatan 5. Hari itu merupakan hari lahir guru aku. Dia seorang wanita yang berumur 30-an, bertudung labuh menutup dada dan berbusana muslimah. Dia mengajar aku dan rakan sekelas subjek addmath (matematik tambahan) sejak kami berada di tingkatan 4 lagi. Dan dia merupakan satu-satunya guru addmath di sekolah kami.

                Aku dan rakan-rakan ingin membuat kejutan padanya. Kek buah 1 kg telah aku beli petang sebelum hari jadinya. Kesemua rakan sekelas tidak sabar untuk menjamah kek itu. Pada hari itu juga, sekolah kami ada rehearsal untuk program keesokkan harinya. Jadi pada hari itu semua pelajar membantu guru membuat persiapan, pelajar tidak boleh naik ke blok bilik darjah malah kami perlu berkumpul di dewan dengan pengawasan guru.

                Jam lebih kurang pukul 9 pagi. Melihat guru addmath itu tidak terlalu sibuk di belakang dewan, kami merancang untuk membuat kejutan pada masa itu. Aku dan rakan sekelas pergi ke kantin, untuk mengambil kek yang kami simpan di dalam peti, dan untuk memasang lilin. Semasa di kaunter kantin, kami bertembung dengan guru kimia kami yang kebetulan baru habis sarapan pagi dan ingin membanyar bil makanannya. Ah, guru tua itu. Kami satu kelas tidak suka padanya. Mengajar kimia seperti tidak mempunyai input yang dalam tentang kimia. Apabila pelajar gagal, tahu pula dia bising kerana harus menjawab persoalan pengetua sekolah – mengapa ramai pelajar gagal subjek kimia? Semasa bertembung, dia memarahi kami yang datang ke kantin di luar waktu rehat. Kami diam sahaja, malas menjawab, lagipun tujuan kami ke kantin bukannya mahu makan atau minum. Kami mahu mengambil kek sahaja. Lagipun, kami bukan ada kelas pun pada masa itu. Guru kimia itu belalu ke dewan, yang terletak di sebelah kantin.

                Setelah memasang lilin, kami bergegas hendak ke belakang dewan. Ketika hampir berada di luar kantin, kami nampak guru addmath kami berjalan ke arah kantin. Aku yang sedang memegang kek menyuruh kawan-kawan aku cover aku supaya cikgu tidak nampak kek yang aku pegang. Bukan main gembira lagi perasaan kami, ini merupakan kali pertama kami menyambut hari lahirnya, dan mungkin kali terakhir juga, lagipun kami sudahpun berada di tahun akhir alam persekolahan. Belum sempat kami memberi kejutan, kami dulu diberi kejutan dengan tengkingan daripadanya. Dia memarahi kami seperti berada di kantin pada waktu ini adalah kesalahan yang paling besar dan memalukan dia sebagai guru kelas kami. Dia marah-marah kerana nama kelas kami selalu menjadi bahan bualan guru-guru di bilik guru – tentu sahajalah cerita yang tidak baik. Dan yang paling memberangkan, cerita itu digembar-gembur oleh guru kimia. Dia menghamburkan segala kemarahannya terhadap guru kimia itu kepada kami. Emosinya tidak stabil.

Dia menengking kami dengan suara yang lantang. Menengking kami di kantin, di hadapan guru-guru yang sedang bersarapan pagi, di hadapan makcik kantin, di hadapan pelajar yang sedang lalu berdekatan kantin. DIA MENENGKING KAMI DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI. Seolah-olah kami adalah anak didiknya yang sangat-sangat teruk. Kami semua kaku. Terdiam seribu bahasa.

                Tangan aku yang sedang memegang kek mula menggeletar. Mata mula berair. Aku tidak pasti sama ada dia nampak atau tidak kek itu. Selesai dia menengking, dia terus berlalu meninggalkan kami. Muka rakan-rakan aku mulai merah padam dan air mata mula bertakung di birai mata. Akhirnya air mata itu menitis jugak. Kami semua mula menangis. Tangan aku terketar-ketar memegang kek. Seorang rakan aku, mengajak aku meletakkan semula kek itu di dalam kotaknya semula, di mana kotaknya kami tinggalkan di kaunter kantin aku. Aku meminta dia supaya mengambil kek itu dari tangan aku, dan meletakkan di dalam kotak kerana dengan keadaan tangan aku yang menggeletar itu, aku takut kek itu jatuh.

                Kalau kau jadi aku, apakah kau akan menangis? Aku paling ego untuk menangis di depan orang lain, tapi kali ni aku tak tahan. Aku dimalukan di hadapan khalayak ramai. Emosi sedih dan malu menguasai diri.

Kami memutuskan untuk memberi sahaja kek itu kepada guru addmath itu. Kami tinggalkan kek itu di meja nya di bilik guru, dan meninggalkan nota minta maaf dan selamat hari jadi. Lalu kami berkurung sahaja di dalam kelas. Dengan mata merah, dan kadang-kadang masih teresak-esak, hidung mula berhingus, kami rasa tak mampu untuk berdiri di khalayak ramai. Rehat jam 10.20 pagi, aku tak turun ke kantin. Aku tidak mahu berbuat demikian.

Aku sudah membayangkan, hari itu sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan bagi kami sekelas, makan kek bersama-sama, berborak dan bergelak ketawa. Tetapi sekelip mata sahaja hari itu meninggalkan kenangan pahit dalam hidup kami semua. Sejak itu, kami makin benci dengan cikgu kimia. Selalu sahaja kami mengutuk si tua itu. Kerana dialah si batu apinya. Si cikgu addmath pula, masuk kelas dengan reaksi bersahaja saja, seperti tidak berlaku apa-apa. Kami diam sahaja dan tidak mahu mengungkit. Lagipun kami akan menghadapi SPM, jadi kalau boleh malas hendak bergaduh dengan guru-guru.

Pada hari keputusan SPM keluar, ranking mata pelajaran sains di sekolah kami didahului dengan mata pelajaran addmath, kemudian fizik, kemudian biologi dan akhir sekali kimia. Kimia yang selalunya mendapat ranking pertama berbanding tiga subjek lain, tapi untuk batch kami, kimia di ranking terakhir. Padan pun, balasan untuk kami yang selalu kutuk cikgu kimia kami. Result spm kimia tidak memuaskan langsung. Beberapa orang sahaja di antara kami yang mendapat kredit untuk subjek itu. Untuk mata pelajaran Addmath yang selalunya di ranking akhir, untuk batch kami dapat ranking yang pertama pula. Terpancar kegembiraan di wajah si guru addmath. Aku tumpang gembira.

Seingat aku, sampai lah ke hari ini, kami tidak pernah mengungkit tentang perkara ini di hadapan cikgu addmath. Dan dia, tidak pernah pun meminta maaf kepada kami kena telah menengking kami di khalayak ramai. Aku tunggu juga dia meminta maaf, tapi nampaknya ego dia sebagai guru amat tinggi. Mungkin seorang guru tidak perlu meminta maaf kepada seorang pelajar. Mungkin. Ataupun aku yang masih mentah untuk mentelah hati seorang guru.



Review Buku Hatiku Di Harajuku, Karya Ramlee Awang Murshid

3582114


HATIKU DI HARAJUKU, Ramlee Awang Murshid. Terbitan Alaf 21.

Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.

Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.

Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai? - SINOPSIS

Buku ini aku baca ketika berada di tingkatan 5. Pinjam kawan punya. pada mulanya, aku sangka buku ini bosan. melalui kulit bukunya dan sinopsisnya aku enganggap buku ini bosan. sebelum membaca,aku sangkakan Ryu-Watanabe dan Noriko itu adalah watak sejarah, manakala Sabrina adalah watak masa kini yang ingin mengetahui sejarah percintaan Noriko dan Ryu-Watanabe.  Seperti biasa telahan aku salah. Dan aku tak tahu pun bahawa Harajuku merupakan nama sebuah tempat di Jepun. 

Ryu-Watanabe merupakan orang Melayu yang berhijrah ke Jepun dan menyertai kumpulan yakuza di Jepun. Semakin lama, dia semakin mahir bermain pedang - kerana dia sukakan Noriko, anak Yakuza Amikie iaitu ketuk kumpulan Yakuza yang disertainya. Pasangan ini menjadi sepasang yakuza yang hebat dan digeruni disebabkan kemahiran mereka bermain pedang. Disebabkan salah faham, pasangan ini berpisah.

Ryu-Watanabe pulang ke Malaysia sebagai Risyam dan berazam untuk berubah. Dunia Yakuza ditinggalkan lalu dia bertaubat kepada Allah SWT. Setelah mendengar khabar dari majikannya (sepupu Sabrina) mengenai pergolakan yang sedang berlaku antara yakuza di Jepun, dia bagaikan terpanggil untuk ke Jepun kerana dia merasakan bahawa Noriko masih hidup lagi dan perlu diselamatkan. Sabrina yang dalam diam mencintai Risham turut menjejaki lelaki itu ke Jepun.

Pendapat aku, idea cerita ini sangat menarik! Watak Samurai Pedang berbangsa Melayu iaitu Risham. Membaca buku ini seolah-olah sedang menonton movie aksi. Kau akan tertanya-tanya, dah mati ke belum watak ni? Seperti biasa, RAM akan menyelit unsur kekeluargaan, keagamaan dan unsur-unsur nasihat kepada pembaca. Pengakhiran buku ini juga tidak disangka-sangka. Kisah percintaan yang penuh dengan tragis, dendam, luka, dan darah. Kau rasa endingya Ryu-Watanabe dengan Noriko atau Risham dengan Sabrina?


Tuesday, 17 November 2015

Cuti




Pada 7 Nov 2015 – 15 Nov 2015 merupakan cuti pertengahan semester bagi semua pelajar IPTA selama seminggu. Kebanyakkan pelajar pulang ke rumah atau pergi melancong. Rata-rata pelajar yang jauh rumahnya tidak pulang ke rumah. Mereka hanya tinggal di kolej atau melancong ke kawasan berdekatan universiti. Aku pula, pada hari Khamis (5 Nov 2015) pulang ke rumah. Tamat kelas terus aku gerak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Kelas aku pada hari Khamis bermula pada 8 pagi hingga 2 petang. Tetapi kelas Prinsip Perakaunan pada jam 11 pagi – 2 petang dibatalkan kerana pensyarah yang mengajar Prinsip Perakaunan mempunyai urusan lain. Semakin semangat aku ingin pulang awal ke rumah. Tetapi, tetiba seorang kenalan dari sekolah lama (sekolah berprestasi tinggi yang aku belajar selama 4 bulan – ada aku ceritakan di post sebelum ini) ingin pulang bersama-sama kerana ini merupakan kali pertama dia pulang ke rumah menaiki bas, menaiki KTM, dan menjejakkan kaki ke TBS. Kesian pula kalau biarkan dia berseorangan. Jadi aku terpaksa menunggu dia tamat kelas baru boleh aku gerak keluar dari universiti.

Pukul 3 kami gerak ke stesen ktm UKM untuk ke Bandar Tasik Selatan. Kemudian kami berjalan ke TBS. Sempatlah kami makan dan bersolat sebelum menaiki bas. Suasana di TBS sangat sesak, ramai manusia dari golongan sebaya aku beratur membeli tiket bas. Pihak TBS juga ada membuka kaunter tambahan untuk jualan tiket bas.
Bas yang akan aku naiki dijadualkan pada jam 5 petang. Kami menunggu di Pintu 15 10 minit sebelum pukul 5. Kelihatan tidak ramai pun orang yang menunggu di situ. Hanya aku dan rakan aku, dan sekumpulan lelaki yang terdiri daripada empat orang. Sehingga pukul 5, aku tidak nampak pekerja TBS yang bertugas untuk scan tiket kami, mahupun bas yang akan kami naiki.

5.45 petang. Aku mulai bosan. Rakan aku mula merungut-rungut. Membebel kerana bas kami delay. Aku tengok pekerja TBS yang bertugas sibuk dengan walkie-talkie. Dengar kata bas kami delay sebab tayar pancit. Sabar je lah. Kemudian tiba-tiba salah seorang pekerja TBS menegur kami. Katanya bas ada masalah tempat duduk. Yang akan naik bas adalah enam orang – aku, rakan aku, dan empat orang lelaki tadi – masalahnya, tempat duduk ada empat sahaja. Jadi dia minta kami naik bas pada jam 7.45 malam. Aku dan rakan berasa pelik. Kami beli tiket seminggu sebelum kami naik bas, tiba-tiba tiada seat pula. Pekerja itu memujuk kami dengan mengatakan mungkin pemandu bas itu menjual tiket lain, jadi ada double tiket. Nak tak nak kami tukar sahaja tiket.

Sementara menunggu lagi, rakan aku menelefon keluarganya memberitahu bahawa dia akan tiba lambat ke rumah. Tiba-tiba aku dengar dia marah-marah semasa berbual dengan telefon. Entahlah, aku pun tak faham masalah dia dan keluarga dia. Pasal bas lambat pun boleh bergaduh. Aku malas hendak bertanya, lagipun aku bukannya rapat sangat pun dengan dia. Selesai Maghrib, kami turun ke Pagar 4. Bas delay lagi. Kali ini, pukul 9 malam baru kami menaiki bas. Bengangnya hanya tuhan je yang tahu.

Cuti kali ini aku hanya duduk melepak di rumah sahaja. Kawan-kawan sekolah menengah dan kawan-kawan AMG (Akademi Menara Gading) ada ajak berjumpa, tapi tidak berkesempatan. Kawan-kawan AMG ajak berjumpa di UMP di sebelah malam. Memang tidaklah aku ke sana sebab ayah aku tidak membenarkan anak-anaknya keluar merayap malam-malam. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, kalau ada urusan penting atau keluar bersama ahli keluarga yang lain sahaja dibenarkan pada waktu malam. Aku menghormati ayah. Kalau aku berada di rumah, pastinya aku keluar rumah dengan pengetahuan ibu bapa aku dengan keizinan mereka, baru lah aku rasa berkat ketika berada di luar rumah. Berkat di sini, maksud aku, aku berasa selamat berada di luar rumah kerana ibu bapa kita mestilah mendoakan keselamatan kita ketika berada di luar rumah.

Di rumah, aku banyak menghabiskan masa dengan kerluargaku. Kami menonton movie-movie baru bersama, memasak bersama, membuat kek, membuat dadih, membuat black pearl (yang ada dalam minuman cool blog), main game, mengemas rumah dan makan bersama-sama.

Cuti kali ini aku gunakan sepenuhnya untuk berehat di rumah. Rasanya cuti kali ini sama sahaja dengan cuti-cuti yang sebelum ini. Sekian.

Review Buku Mikhail, Karya Ramlee Awang Murshid


Mikhail, Ramlee Awang Murshid. Terbitan Alaf 21.

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.


Dalam pada itu, Mikhail menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan berkerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi. – SINOPSIS

Novel ini merupakan antara novel kegemaran aku. Novel ini ibu aku beli sekaligus dengan novel 9 Nyawa (post sebelum ini) dan Cinta Sufi, di mana semuanya karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Jujur aku katakan, novel-novel ini merupakan  novel thriller pertama yang aku baca dan aku berpuas hati dengan bacaan aku. Karya RAM memang oshem!

Novel ini berkisar tentang Mikhail yang merupakan pembunuh professional yang dilatih oleh Uncle Dickens. Tugas Mikhail adalah membunuh orang yang diarahkan oleh Uncle Dic seperti membunuh Mr Yap di China dan Mr Sundram di Mesir. Setiap kali pembunuhan berlaku, wang USD 1 Dollar akan ditinggalkan bersama mayat. Arahan seterusnya, Mikhail perlu membunuh dua lagi orang yang bertanggungjawab membunuh keluarganya iaitu Datuk Bakri dan Tuan Halim, juga anak-anak Tuan Halim iaitu Inspektor Zetty dan Raihana di Malaysia.

Mikhail gagal melaksanakan misi untuk membunuh Raihana kerana dia jatuh cinta pada Raihana. Akibatnya, dia diburu oleh pembunuh upahan yang lain yang akan menyambung misi tersebut. Bagi menyelamatkan gadis itu, Mikhail telah menculik Raihana dan pada masa yang sama kakak Raihana, Ins. Zetty mengikut jejak Mikhail bagi menyelamatkan adiknya. Setelah dua kali terselamat daripda pembunuh upahan, Raihana mula mempercayai Mikhail dan membantu lelaki itu merungkai misteri Tahir – seorang penagih dadah di mana Mikhail akan mendapat visual tentangnya apabila retina matanya terkena cahaya matahari.

MIKHAIL – bukan sekadar nama. Ya, Mikhail ternyata bukan seorang, malah ada berpuluh orang yang diberi kod persendirian seperti Mikhail 155, Mikhail 496 dan lain-lain. Setiap seorang Mikhail ini akan dibrainwash oleh kumpulan Dickens untuk melupakan sejarah hidup mereka dan memasukkan memori baru berkenaan kisah dendam kesumat yang akan membuatkan mereka bertindak membunuh sesiapa sahaja yang berkaitan dengan memori kejam itu. Selebihnya, aku cadangkan kau cari dan baca buku ni supaya lebih feel.

Bagi aku cerita ni sangat cool dan awesome! Tidak sampai sehari aku ambil masa untuk membaca buku ini. Cerita yang penuh dengan aksi dan twist. Banyak telahan aku tentang kesudahan cerita ini salah. Yang aku sangka baik, sebenarnya watak itulah yang jahat. Idea mengenai wang ditinggalkan bersama mayat juga agak menarik. Penulisan RAM juga sangat teliti sehingga aku bagaikan menonton movie aksi. Nama-nama senjata, kawasan di luar negara juga diceritakan dengan bagus. Aku harap buku ini akan diadaptasikan sebagai filem aksi. Dan yang penting kalau dijadikan filem, filem itu mestilah sebagus novelnya, atau leih bagus lagi. Thumbs up!

Nafsu


Tema kali ini merupakan nafsu. Nafsu ni ada banyak jenis – nafsu makan, nafsu shopping, nafsu seks, dan lain-lain lagi. Tapi kali aku nak cerita tentang nafsu belajar aku.


Dah lebih dua bulan dah aku belajar di universiti, setakat ini nafsu belajar aku tiada. Kau tanyalah rakan-rakan terdekat aku, rakan sebilik aku, pernah tak mereka nampak aku belajar? Pernah. Masa nak mid sem exam je nampak aku belajar.

Sebelum aku mula belajar di universiti, aku merupakan pelajar matrikulasi. Aku tamat Matrikulasi pada hujung bulan 4 dan mula belajar di universiti pada bulan 9. Ada empat bulan cuti sebelum aku sambung belajar. Aku tak tahu kenapa, mungkin aku selesa dengan cuti empat bulan itu, membuatkan aku rasa masih bercuti ketika di universiti. Maksud aku, aku masih tidak keluar daripada ‘zon selesa’ itu.

Semasa di Matrikulasi, pada semester 1, nafsu belajar aku sangat memberansangkan kerana aku dimomokkan dengan susahnya belajar di Matrikulasi, tambahan pula aku bertukar daripada pelajar sains kepada pelajar akaun di Matrikulasi – aku tiada basic akaun, jadi aku perlu berusaha lebih untuk menjadi sama taraf (basic akaun) dengan pelajar akaun yang lain.

Mula-mula sahaja semangat aku tinggi, masuk sahaja semester 2 aku ambil mudah hal pembelajaran. Nafsu belajarku rendah, aku banyak main-main ketika belajar. Mula bersifat acuh tak acuh. Aku tahu dengan sifat ini aku tidak akan dapat result yang diimpikan oleh semua pelajar – 4.0 tetapi aku tetap tak sedar diri sambil mengharapkan ada keajaiban yang berlaku – tak perlu belajar tapi dapat result 4 flat.

Keluar keputusan keseluruhan Matrikulasi, result sem 2 aku jauh sebanyak 0.4 berbanding sem 1. Aku berasa hampa tetapi aku tidak menyalahkan sesiapapun, sebab aku tahu itu salah aku. What you give, you’ll get back.

Kini di universiti, aku rasa semangat belajar aku lebih teruk berbading semasa semester kedua di Matrikulasi. Tiada nafsu langsung. Aku ada berkongsi tentang perkara ini dengan rakan-rakan aku. Ternyata mereka juga bergitu. Malas. Malas. Malas. Tetapi sebahagian daripada mereka ada yang dah sedar diri, aku ni sahaja yang tak sedar diri. Semoga Allah memberi hidayah. Amin.

Review Buku 9 Nyawa, Karya Ramlee Awang Murshid


9 Nyawa, Ramlee Awang Murshid. Terbitan Alaf 21.

INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah nyawa yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh bertanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebuh ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tak disangka terungkai. Dan satu persoalan muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal? - SINOPSIS

Aku baca buku ini pada sekitar tahun 2013. Buku ini merupakan buku pertama Ramlee Awang Murshid (RAM) yang aku baca. Tapi aku baca tak habis. Sebab boring. Lalu aku baca buku tajuk Mikhail, karya RAM juga, berkisar tentang pembunuh upahan, jalan ceritanya amat menarik. Lalu aku terfikir, kalau novel Mikhail ini best, mestilah buku 9 Nyawa best juga. Penulis yang sama kot. Habis baca buku Mikhail, aku sambung semula baca buku 9 Nyawa. Dah habis baca, konklusinya buku 9 Nyawa best!

Tajuk 9 Nyawa ini dikaitkan dengan Intan Haryani yang mempunyai masalah sakit jantung yang amat merisaukan ibunya, Puan Azizah. Intan yang banyak kali koma seakan hilang nyawa membuatkan Puan Azizah percaya bahawa anaknya mempunyai 9 nyawa. Sikap Puan Azizah yang sangat mengongkong membuatkan hidup Intan ibarat seekor burung dalam sangkar emas. Sentiasa diawasi dan dikawal. Sejak berjumpa dengan Khairil, naluri wanitanya memberontak. Akhirnya dengan restu si ibu, Intan berkahwin dengan Khairil setelah Khairil dapat meyakinkan Puan Azizah tentang keikhlasan hatinya.

Namun, rahsia demi rahsia terungkai semasa Intan berada di dalam satu dimensi lain di dunia. Rohnya berlegar-legar di ruangan hospital dan dapat melihat tubuhnya yang kaku. Ketika ini, Intan hanya dapat berkomunikasi dengan Hakim. Sepanjang terperangkap antara hidup dan mati, pelbagai rahsia ditemuinya. Di manakah ayahnya? Kenapa ibunya bersifat terlalu mengongkong? Siapakah Khairil yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya? Dan apakah kaitan Hakim dengan keluarganya?

Mula-mula aku baca buku ini, aku merasakan buku ini boring sebab dia terangkan tentang hidup Intan masa kecil, ada part Hakim bersama adiknya, Shauqi. Penulis juga menceritakan tentang adik Hakim yang baik di depan abangnya tetapi nakal di belakang abangnya dengan menyertai kumpulan kongsi gelap yang mengedar dadah. Bagi aku semua ni boring dan meleret. Tetapi sebenarnya benda-benda ni memang perlu diceritakan bagi pembaca faham apa kaitannya watak-watak lain ini nanti.

Bila sampai part Intan koma dan berjumpa Hakim, dah tak boring. Aku memang suka gila part tu sampai habis. Sebab masa inilah terungkai semua rahsia watak-watak dalam novel ni. Ayah Intan mati accident disebabkan ibunya yang menyebabkan kemalangan itu. Hakim mula buta disebabkan kemalangan yang berlaku oleh keluarga Intan. Khairil sebenarnya watak jahat dalam cerita ini. Dan macam-macam lagi yang membuatkan aku berasa excited dan puas membaca buku ini.

Secara keseluruhannya, aku suka buku ini. Plotnya tersusun kemas dan diisi dengan nilai kemanusiaan, keagamaan dan kekeluargaan. Tak lupa corak penceritaan yang thriller. Padanlah RAM merupakan Penulis Novel Thriller No. 1 di Malaysia kerana beliau mempunyai garapan idea dan penulisan yang bagus. Aku mula jatuh cinta dengan karya RAM setelah membaca buku 9 Nyawa dan Mikhail. Kini aku telah mengumpul lebih daripada 10 buah buku karya RAM dan akan bertambah dari masa ke semasa.

Tuesday, 3 November 2015

Makanan

Image result for makanan


Tema kali ni pasal makanan. Nak cerita pasal makanan apa ya? Makanan di Malaysia? Makanan Barat? Kuih-muih tradisional? Kek? Pavlova?



Tak. Kali ni aku nak cerita pasal makanan ruji pelajar asrama/kolej/universiti yang senang ceritanya menginap di kolej kediaman,tak tinggal bersama keluarga. Aku pasti kalian semua tahu apa yang kami makan – roti, biskut, instant food macam bubur dan mee segera – MAGGI!

Ya, itu antara makanan yang wajib ada stok dalam bilik, in case malam-malam lapar, malas nak pergi kafe, terutamanya pelajar perempuan – malam-malam mestilah dah pakai pakaian tidur, confirm malas nak tukar baju seluar tudung semata-mata nak pergi kafe cari makan!
Pagi kalau malas nak turun breakfast – makan roti atau biskut untuk alas perut. Petang? Malam? Kalau malas keluar jugak makan je lah apa yang ada dalam bilik tu. Selain malas nak pergi kafe, semua orang sedia maklum pelajar-pelajar seperti kami sentiasa mempunyai masalah kewangan – maklumlah, kami tidak bergaji. Yang mana pinjam PTPTN, dapat biasiswa – aku tak tahu lah.



Macam aku sekarang ni, aku tidak ada membuat mana-mana pinjaman pendidikan, dapat biasiswa dan sebagainya. Aku 100% bergantung hidup guna duit ibu ayah aku. Anak orang kaya ke? Tentulah tidak. Aku lagi rela berjimat-cermat guna duit ibu ayah daripada pinjam PTPTN. Sebab apa? Sebab kalau boleh lepas aku grad aku tak nak jadi penghutang. Berdasarkan informasi rakan-rakan yang ada memohon pinjaman PTPTN, tempoh bayar balik hutang antara 10 hingga 15 tahun! Gila! Aku memang tak sanggup lah nak berhutang dengan umur semuda ini. Biarlah masa belajar ni aku tak dapat makan sedap-sedap pun – makan biskut, roti dan maggi – asalkan aku tidak berhutang dengan mana-mana institusi kewangan.



Okay nak cerita pasal mi segera atau rata-ratanya semua rakyat Malaysia panggil ni segera sebagai maggi. Kenapa panggil Maggi? Sebab Maggi adalah salah satu brand mee segera yang paling terkenal di Malaysia, sedap dan murah! Cikgu biologi aku masa sekolah menengah dulu ada bagitahu tentang keburukan maggi ni dari segi penghadaman. Menurut rakannya, seorang pakar nutrisi, mi segera mengambil masa antara empat hingga tujuh hari untuk hadam. Ini kerana, mi segera tersebut disaluti lilin – aku tak tahulah lilin macam mana, korang boleh google benda ni – sebab tu bila kita makan, mi itu tidak melekat antara satu sama lain. Boleh buat eksperimen, remdam mi maggi dalam air panas, jangan masukkan perencah, selepas itu boleh tengok air tu jadi macam mana lepas mi dah agak kembang.

Walaupun aku tahu maggi ni bukan makanan yang sihat, tapi aku tetap makan jugak sebab sedap! Aku suka masak maggi kari dengan telur dan makan panas-panas. Masak empat bungkus, letak dalam mangkuk besar lepastu makan ramai-ramai dengan adik beradik aku dalam mangkuk tu haahahahhah nampak sangat malas nak basuh pinggan. Biasanya kalau kat rumah aku jarang makan maggi, sebab ayah aku tak galakkan kami adik-beradik makan makanan ringan dan makanan segera. Kalau nak makan pun, kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Kalau kat kolej, aku makan bila aku malas pergi kafe, ataupun bila duit dah tinggal sikit - maggi yang semalam tak hadam lagi, harini makan maggi lagi. Sungguh tak sihat permakanan aku kat kolej ni.